Sunday, 13 May 2012

Berusahalah selagi mampu



Nak kongsi satu video ni.... Masyaallah...Best!!!!. Tapi sebelum anda menonton video ni SILA SEDIAKAN SEKOTAK TISU...Hahaha (~.^)..Selamat berenjoy!!!


Macammane?  Berapa baldi mata anda menghasilkan air? ...
Ok ...ni sinopsis video tentang Encik Derek dalam versi bahasa Melayu pulak...Encik Derek telah menyertai satu perlumbaan lari semasa Olimpik 92'.  Tengah syok Encik Derek ni berlari, tiba-tiba dia punya betis (ligamen) terkoyak..(tersepak katil pun sakit wooo....inikan pula ligamen terkoyak lagilah meraungkan?). Tetapi Encik Derek tetap bangun dan menyambung perlumbaan tersebut. (Part yang paling sedih dan mencurahkan air mata + lagu You raise me up yang menyayat hati serta sanubari huhu (T_T) - "I am strong when i am on your shoulder"..) Tiba-tiba ayah dia berlari kearahnya dan menasihatinya supaya tidak meneruskan perlumbaan itu.  Tapi dek kedegilan Encik Derek ni yang hendak menamatkan juga perlumbaan itu, ayahnya terpaksa akur.  Hasilnya semua orang menyanjunginya dan bertepuk tangan untuk dia..
Tapi yang paling best adalah pengajaran atau ibrah yang boleh kita ambil daripada video ni, Masyaallah.  Pengajaran yang pertama adalah jangan berputus asa dalam membuat kebaikan.  Sebagai seorang Muslim kita tidak boleh berputus asa dalam mencari rahmat Allah, tidak kiralah apa jua matlamat yang ingin kita capai asalkan tidak lari dari landasan Islam yang sebenar. Cuba kita lihat perjuangan Rasulullah s.a.w, pernah suatu ketika baginda dibaling najis, dicerca, dan dihina kerana menyebarkan agama Islam.  Tetapi kerana usaha baginda yang tidak pernah berputus asa, tanpa menghiraukan ujian dan mehnah yang melanda malah meletakkan Allah diatas segala-galanya, kita tidak akan dapat nikmat Islam dan Iman pada hari ini.  Allah telah berfirman dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud :


" Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”. 

 Allah telah menyatakan dengan jelas dalam AlQuran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara.  Hebatkan Islam itu!! Subhanallah...  Benarlah kata-kata Saidina Umar al-Khatab : 

“Kita adalah satu bangsa yang dimuliakan dengan Islam dan sekiranya kita mencari kemuliaan selainnya pastinya kemuliaan yang kita kecapi akan hilang”.

Allah juga telah berfiman dalam surah asy-Syarh ayat 5 - 7 yang bermaksud: 

"Oleh itu (maka tetapkanlah kepercayaan mu) bahawa sesungguhnya disetiap kesusahan ada kemudahan.[5] (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya disetiap kesusahan pasti ada kemudahan.[6] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka berusahalah bersungguh-sungguh (mengamalkan amal soleh yang lain).[7]"

Pengajaran yang kedua pula adalah kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.  Boleh juga dikaitkan dengan kasih sayang ibu.  Ibu dan ayah akan memberi semangat dan dorongan disaat-saat kita memerlukan.  Macam ayah Encik Derek tulah yang sokong anaknya sehingga tamat perlumbaannya.  Dan hakikatnya ibu dan ayah adalah hadiah daripada Allah kepada kita.  Sebab itulah kita wajib menghormati mereka.  Didalam al-Quran, Allah telah sebutkan tuntutan taat kepada ibu bapa dan sering bergandingan dengan ketaatan kepada Allah, antaranya ialah:
"Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu." (Surah an-Nisa: 36.)

"Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa."  (Surah an-An'am: 151.)

 "... Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah..." (Surah Al-Ahqaf :ayat 15). 

Percayalah jika anda berusaha pasti akan mendapat balasan daripada Allah kerana Allah telah berjanji  dalam al-Quran dan jika anda menhormati ibu bapa anda pasti mendapat ganjaran Syurga dan Keredaan Allah... insyaAllah...(~.^)

Friday, 4 May 2012

Kata - kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi




  1.  Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT.
  2.  Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk     DISELESAIKAN.
  3.  Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA
  4.  Saya meminta KEBERANIAN dan Allah memberikan saya BAHAYA untuk DIATASI.
  5.  Saya meminta CINTA dan Allah memberikan saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.
  6.  Saya meminta NIKMAT dan Allah memberikan saya PELUANG.
  7.  Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk DIRI SAYA tetapi saya menerima semua yang saya PERLUKAN.

                                                                          ................


Subhanallah... indah sekali kata-kata seorang Mujahid Islam yang pernah membebaskan bumi Palestin suatu ketika dahulu.  Memang benar kata-katanya kerana seringkali kita meminta kepada Allah apa yang kita MAHUKAN tetapi Allah berikan apa yang kita PERLUKAN.  Perancangan Allah itu terlalu misteri untuk kita rungkaikan, tetapi ia adalah sebaik-baik pemberian daripada Allah. Justeru itu, marilah kita bersangka baik dengan Allah s.w.t dan cekal di jalan-Nya....


Kita jangan terlalu mengharap dan mengimpikan, 
kerana mengharap kekadang tidak pasti menjadi kenyataan.. 

Tetapi kita boleh bersabar dalam meletakkan harapan, 
kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan...

Jangan terlalu meletakkan harapan tinggi pada sesuatu yang belum pasti, 
kerana jika tidak diperolehi, pastinya kecewa sekali di dalam hati... 

Namun letakkanlah harapan itu atas tawakal pada Ilahi, 
semoga dengan tawakal itu menjadikan hati kita redha pada setiap apa yang terjadi...

InsyaAllah...(~.^) 

Wednesday, 2 May 2012

Akhlak di dalam Islam



Akhlak didalam islam adalah berbeza daripada moral atau etika sebagaimana yang difahami oleh masyarakat barat.Ini adalah kerana akhlak islam bertunjangkan al-quran sedangkan moral atau etika hanyalah berasaskan akal fikiran manusia semata-mata.Akhlak dari kacamata islam adalah inti pati bagi setiap ibadat.Tanpa akhlak,ibadat yang dilaksanakan ibarat yang dilaksanakan ibarat pokok yang tidak berbuah.Sebagai contoh ibarat solat yang dilakukan dengan sempurna,ia boleh membentuk akhlak yang mulia pada diri seseorang itu.
Firman allah s.w.t:
"sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan munkar".
(Al-Ankabut ayat 45)
Dalam kehidupan manusia,akhlak itu diumpamakan seperti bunga dalam sebuah taman.Bagaimana pun luasnya sebuah taman,tetapi kalau dihias dengan bunga-bungan,maka taman itu tidak jauh berbeza seperti taman perkuburan.Sebagai contoh,seorang yang mempunyai badan yang sihat,menarik,berilmu,kaya atau berpangkat,tetapi jika dia mempunyai akhlak yang tercela dan perangai yang buruk ,maka dia tidak akan dimuliakan oleh masyarakat,apatahlagi disisi allah s.w.t.
Begitu juga halnya,untuk menjaga dan memelihara akhlak yang baik adalah seumpama menjaga dan memelihara bunga-bungaan yang ada didalam taman,supaya tidak menjadi kering dan layu.Oleh kerana itu,didikan agama yang kukuh adalah menjadi tunjang untuk menghasilkan hati yang bersih,dengan adanya hati yang bersih itulah akan melahirkan insan yang sentiasa berakhlak mulia.Hati dan jiwa yang kukuh dengan didikan agama tidak akan mudah dipengaruhi oleh anasir jahat yang cuba merosakkan akhlak manusia.
Sesungguhnya,hati atau jiwa manusia itu adalah satu-satunya pendorong kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan samada perbuatan baik atau jahat.Jika hati itu baik,maka akan terbitlah perbuatan yang baik,tetapi jika hati itu jahat,maka akan menjadi jahat jugalah perbuatannya.Didalam kitab Ikhyak Ulumuddin,Imam Al-Ngazali Rahimullah menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan akhlak atau budi pekerti itu ialah tingkah laku dan gerak-geri lahiriah manusia yang timbul dengan mudah tanpa disengaja dan difikirkan,sebagai penyataan dari keadaan jiwa seseorang.Ini bertepatan dengan sabda rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging,apabila ia baik,baik pulalah seluruh badan.Tetapi apabila ia buruk (rosak), buruk pulalah seluruh badan.Ingatlah,ia adalah hati (jiwa)".
(Riwayat Bahari Muslim)
Hadis ini menjelaskan bahawa terjadinya sesuatu perbuatan atau tingkah laku seseorang itu adalah berpunca daripada kehendak hati.
Sesungguhnya allah itu maha indah dan amat suka akan keindahan,indahnya islam itu adalah terletak pada keindahan akhlak yang kita amalkan selaku umat islam.Selama mana kita berakhlak dengan akhlak mulia,maka selama itulah kita akan mendapat kemuliaan disisi allah s.w.t. Ibarat bunga yang mekar dan dihias didalam taman.Ia mampu menarik minat pengunjung untuk menghampiri dan mengamati keindahannya.Akhlak islam,sekiranya diamalkan dengan sebaik-baiknya akan menarik minat orang lain untuk mencontohinya.Ini telah dibuktikan oleh rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a yang memberikan contoh teladan dan akhlak terpuji dalam diri mereka sehingga orang-orang bukan islam ketika itu tertarik untuk memeluk islam.Sejarah hijrah lima belas orang sahabat nabi s.a.w yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Tolib r.a kenegeri Habsah membuktikan yang dikemukakan kepada Raja Habsah telah menarik perhatian maharaja habsah itu,lalu memberikan perlindungan kepada mereka.
Idantara fungsi pengutusan rasulullah s.a.w itu sendiri adalah untuk membimbing manusia bagi menyempurnakan akhlak yang terpuji,sepertimana sabdanya:
"Aku telah diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang seterusnya allah s.w.t berfirman:
(Riwayat Malik)
"Dan sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai akhlak yang amat mulia".
(Al-Qalam ayat 4)
Didalam menjalankan tugas dakwahnya,rasulullah s.a.w telah melakukan satu reformasi sosial dikalangan masyarakat arab jahiliah ketika itu yang telah rosak akhlaknya.Perkara-perkara yang telah menjadi kebiasaan bagi mereka seperti minum arak,berjudi,berzina dan lain-lain lagi telah dapat diubah oleh rasulullah s.a.w setelah mereka memeluk islam.
Bentuk perubahan yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w ialah dengan menanamkan akidah yang kukuh kedalam jiwa para sahabat.Bagi tujuan itu,baginda telah mengadakan banyak pertemuan dengan para sahabat dirumah al-arqam bin ibnu al-arqam.Kekuatan dan kekukuhan akidah itu telah memncarkan nilai-nilai yang murni dan mempengaruhi pembentukkan akhlak mulia dikalangan para sahabat r.a.
Akhlak baik atau akhlak buruk seseorang itu bukanlah suatu warisan turun-temurun yang tidak dapat diubah mengikut tanggapan sempit sebilangan masyarakat.Ungkapan sepeti:"Bapak borek anak rintik" dan lain-lain lagi amat tidak sesuai dihubung kaitkan dalam soal pembentukkan akhlak mulia.Seorang bapa yang berjawatan imam tidak semestinya dapat menjadikan anaknya seorang yang baik.Begitu juga seorang bapa yang cerdik tidak senmestinya akan mempunyai anak yang cerdik sepertinya.Sepertimana benih yang baik,secara kebiasaannya akan menghasilkan pokok dan buah yang baik.Namun, jika benih tersebut tidak diurus dan dipelihara dengan baik, sudah tentu akan menghasilkan buah yang tidak baik. Dalam hal ini,apa yang lebih utama ialah individu itu sendiri perlu ada kesedaran dan keazaman untuk menjadi insan yang baik dan sempurna.
Dalam soal pembentukkan akhlak,Imam Al-Ngazali Rahimullah menyatakan bahawa makhluk yang wujud ini terbahagi kepada dua iaitu,
- Makhluk yang wujud secara sempurna.
- Makhluk yang wujud secara kurang sempurna.
Namun kekurangan-kekurangan itu boleh disempurnakan dengan syarat adanya daya usaha.
Ini memberi maksud bahawa akhlak seseorang itu boleh diubah dan diperbaiki dengan syarat ada kesungguhan dan latihan yang berterusan.
Selain dari itu, alam persekitaran yang baik juga perlu diwujudkan.Ini adalah kerana keadaan disekeliling kita dapat dijadikan acuan yang mampu mempengaruhi pembentukkan jiwa seseorang.Jika masyarakat disekeliling kita adalah masyarajat yang beriman,maka proses pembentukkan akhlak akan menjadi lebih mudah,tetapi jika sebaliknya,maka proses juga ajan menjadi lebih sukar.
Masalah generasi muda kita hari ini ialah mereka terlalu meniru dan amalan serta gaya hidup masyarakat barat yang merosakkan nilai-nila murni masyarakat islam.Tidak dinafikan bahawa mereka juga masih tetap menganut agama islam,tetapi dari sudut yang lain, mereka gagal mengamalkan akhlak islam dengan baik dan berkesan.Akibatnya berlakulah pelbagai masalah dan gejala sosial seperti perzinaan,penagih dadah,lumba haram dan sebagainya.
Kita sebagai umat islam yang sedar,sewajarnya menggembeling tenaga memperbaiki akhlak generasi muda kita yang semakin parah pada hari ini.Berita didada akhbar dan dikaca television yang memaparkan masalah keruntuhan akhlak muda-mudi kita,sepatutnya menginsafkan kita betapa umat islam pada hari ini ditimpa kehinaan kerana rosaknya akhlak mereka.Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengubah minda generasi muda kita yang terlalu mengagung-agungkan sesetengah para artis dan selebriti yang rosak akhlaknya,agar menjadikan peribadi rasulullah s.a.w sebagai ikutan mereka.
"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan allah dan balasan baik hari akhirat serta dia pula banyak menyebut dan mengingati".
(Al-Ahzab Ayat 21)

Wednesday, 25 April 2012

Halal Setelah Haram

            Seorang lelaki yang telah menyesal akan perbuatan jahatnya telah memasuki sebuah masjid, yang mana ketika itu Rasullullah s.a.w sedang menunaikan solat berjemaah.  Selepas seusai solat, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram, maka ia akan memperolehi yang halal".
           Menjelang waktu malam, syaitonirrajim telah mendorong lelaki tersebut untuk kembali melakukan kejahatan.  Dia pun pergi ke sebuah rumah milik seorang wanita yang telah kematian suami dan wanita itu juga tinggal bersendirian.  Setelah memasuki ke dalam rumah wanita itu, dia ternampak makanan yang telah sedia terhidang dan hal ini telah menimbulkan rasa keinginnannya untuk merasai makanan itu. Semasa lelaki itu hendak mengambil makanan tersebut dia teringat akan sabda Rasulullah s.a.w tadi, maka dia tidak jadi untuk meneruskan keinginannya.  Kemudian setelah menggeledah dibilik rumah itu, lelaki tersebut menjumpai banyak wang serta permata.  Dia ingin mengambilnya tetapi sekali lagi dia teringat akan kata-kata Rasulullah s.a.w.  Seterusnya dia melihat pula ke dalam bilik yang lain yang mana terdapat seorang wanita yang sedang tidur.  Lelaki tersebut ingin menyentuhnya lantas dia teringat lagi akan sabda baginda s.a.w.  Lalu dia keluar dari rumah wanita itu tanpa melakukan apa-apa kejahatan.  Dia merasa gembira kerana mampu melawan godaan syaitonirrajim...
           Setelah itu dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh dan kemudian dia duduk di satu sudut masjid sambil memikirkan tentang dirinya.





                                                                      
          
 Apabila matahari telah meninggi datang seorang wanita kedalam masjid dan mengadu kepada Rasulullah s.a.w bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri tetapi tidak mengambil apa-apa.  Wanita tersebut  merasa bimbang jika pencuri itu datang kembali dan melakukan apa-apa terhadap dirinya.  Wanita itu juga mengatakan bahawa dirinya telah kematian suami.
           Lalu Rasulullah s.a.w melihat sekitar masjid itu dan dilihatnya ada seorang lelaki yang sedang duduk disatu sudut masjid.  Kemudian baginda s.a.w bertanya tentang perihal yang berkaitan dengan dirinya.  Lelaki itu menjawab bahawa dia hidup bersendirian kerana isterinya telah meninggal dunia.
           Rasulullah s.a.w pun meminta kedua orang itu bernikah tetapi mereka merasa malu.  Akhirnya Rasulullah s.a.w pun menikahkan pasangan itu.  Pada waktu ini, lelaki itu menangis dan menceritakan keadaannya yang sebenar kepada baginda s.a.w.  
           Kemudian pasangan itu keluar dari masjid dan menuju ke rumah wanita itu.  Lelaki itu telah memperolehi segala yang haram buatnya malam tadi.  Makanan yang haram buatnya telah menjadi halal baginya.  Permata dan wang yang haram telah menjadi halal untuk lelaki itu gunakan. Dan wanita yang haram disentuhnya halal baginya untuk menggaulinya kerana wanita itu telah menjadi isterinya...
                                                          .................................
                                                     
Hebat kan Islam ini!....Jika kita lihat, Allah mengharamkan sedikit perkara tetapi menghalalkan banyak perkara...contohnya Allah mengharamkan makanan yang haram seperti bangkai, khinzir, anjing dan makanan daripada sumber yang haram tetapi Allah menghalalkan makanan di lautan, makanan yang disembelih dengan nama Allah dan sebagainya. Jika kita mengira dan kemudian membandingkan, makan yang halal lagi banyak daripada makanan yang haram.  Contoh yang kedua, Allah mengharamkan berzina tetapi menghalalkan perkahwinan malah mendapat ganjaran lagi iaitu pahala serta dapat melaksanakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Jadi renung-renungkan dan selamat beramal.....(~.^)


- Artikel ini diedit dan ditokok-tambah bagi menyedapkan cerita ( tetapi dalam maksud yang sama ) daripada buku Kisah-Kisah Teladan...     

Thursday, 19 April 2012

Siapakah kita & mengapakah kita dihidupkan didunia ini?

p/s : kalau tak boleh dengar dengan jelas video tu boleh tengok kat youtube...tapi jangan lupa untuk baca kat bawah ni...selamat berenjoy...(~.^)




1. Untuk sujud menyembah Allah
Firman Allah maksudnya : "padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar."( Surah al-Bayyinah 5 : 98 )


2. Sebagai khalifah di bumi Allah
Firman Allah, maksudnya : "dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu  atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksanyaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."( Surah al-An'am 6 : 165 )


3. Untuk menyeru kebaikan, membanteras kejahatan
Firman Allah, maksudnya : "dan hendaklah diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya."( Surah Ali I'mran 3 : 104)


4. Allah tidak menjadikan kita sia-sia
Firman Allah, Maksudnya : "maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu menyangka pula tidak akan dikembalikan kepada Kami."( Surah al-Mu'minun 23 : 115) 


Inilah jawapan dari Ayat-ayat cinta Nya...

Wednesday, 11 April 2012

Malu terbit dari Iman

 Assalamualaikum…
            Entri kali ini membincangkan tentang sifat malu.  Malu yang dimaksudkan di sini adalah malu untuk melakukan perkara dosa atau perkara yang menjatuhkan maruah.  Antara sebab yang membantu menyuburkan perkara dosa dan maksiat ialah kurangnya rasa malu pada diri seseorang itu.  Sifat malu menghalang seseorang Muslim daripada melakukan dosa dan pada masa yang sama ia menjadi pendorong untuk dirinya memperbaiki amalan dengan menambah kebaikan.  Berkata para ulamak: “ hakikat malu itu ialah satu akhlak yang membawa kepada sikap meninggalkan yang buruk dan menghalang diri daripada mengabaikan hak kepada sepatutnya.” Imam An-Nawawi telah menyebut 4 hadis utama yang berkaitan dengan sifat malu dalam kitab Riyadh al-Solihin, iaitu:
1.      Hadis pertama:
Daripada Ibn Umar r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w melewati seorang sahabat Ansar yang sedang menasihati saudaranya kerana pemalu, kemudian Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “ biarkanlah ia begitu, sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim).    
Walaupun sahabat itu menasihati saudaranya supaya mengurangkan rasa malu tetapi Rasulullah telah menengahnya dengan pesanan yang ringkas: “malu itu sebahagian daripada Iman.”
2.      Hadis kedua:
Daripada Imran bin Hushain r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “malu itu mendatangkan kebaikan semata-mata.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Malu itu tidak akan mendatangkan kecuali perkara yang baik.  Malu yang berasaskan keimanan pasti akan membawa kebaikan kepada pemiliknya.  Malu kepada Allah pasti akan menjadikan seseorang Muslim itu berusaha memperbaiki amalan dan meninggalkan dosa.  Malu kepada manusia pasti akan memelihara akhlaknya daripada melakukan perkara yang menyakiti mereka atau menjatuhkan maruah dirinya.
3.      Hadis ketiga:
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “iman itu mempunyai enam puluh lebih @ tujuh puluh lebih cabang.  Yang paling utama adalah ucapan  “lailaha illallah” dan yang paling rendah adalah membuang sesuatu gangguan dari jalan.  Dan malu  adalah sebahagian daripada Iman.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Hal ini memberikan kefahaman kepada kita bahawa malu itu sendiri ialah satu amalan yang membawa kepada iman yang kuat.  Ia bukan semata-mata  sifat yang membawa amalan, malah ia sendiri  adalah amalan yang berdiri dengan sendirinya.
4.      Hadis keempat:
Daripada Abu Said Al-Khudri, beliau berkata, “Rasulullah s.a.w adalah orang yang sangat pemalu melebihi pemalunya seorang gadis pingitan.  Apabila Baginda melihat sesuatu yang tidak disukainya maka kami dapat mengetahuinya melalui riak muka Baginda.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Lihatlah betapa Rasulullah s.a.w menghiasi dirinya dengan sifat malu yang tinggi sehingga begitu sekali sahabatnya membuat perumpamaan.

Semoga kita dikurniakan sifat malu yang membawa kepada keimanan – meninggalkan maksiat dan menambahkan ketaatan kepada Allah s.w.t.  Itulah yang akan membantu kita di akhirat kelak …Insyaallah…Beruntunglah orang – orang yang malu kerana Allah.
-Artikel ini dicopy, diedit & dipaste dari majalah Solusi isu no.5…(~.^) 

Monday, 9 April 2012

Titipan Buat Teman



Ya Sodiqi.
sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat,
generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah",
kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam,
meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan,
dalam menegakkan agama Allah yang diredhai.

Wahai Rajul penegak Islami.
Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi.
selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki,
demi Islam yang dicintai.
Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami,
agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi,
tidak gentar berjuang di jalan Ilahi





Duhai akhawat mukminah sejati,
inginku ingatkan kita adalah sayap kiri perjuangan lelaki sejati.
Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi.
Tuturmu berhikmah penuh teliti,
menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi.
Pagari dirimu dengan syariat Islami.
Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki,
agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki,
tanpa iman yang teguh di hati.

Wahai sahabat pendukung agama Allah,
hubungkanlah hatimu dengan ukhuwahfillah,
agar jiwa ini dekat dengan Illahi.
Tabahkan hati menempuh cubaan duniawi,
semoga syurga tempat pertemuan abadi.

(tulisan gerak2)

snow



~Aktiviti Berjalan~



Selamat Datang ke Blog AQSA UniSZA. Kami ingin mengucapkan selamat menghadapai peperiksaan akhir semester, bittaufiq wannajah! شكرًا . :)