Nak kongsi satu video ni.... Masyaallah...Best!!!!. Tapi sebelum anda menonton video ni SILA SEDIAKAN SEKOTAK TISU...Hahaha (~.^)..Selamat berenjoy!!!
Ok ...ni sinopsis video tentang Encik Derek dalam versi bahasa Melayu pulak...Encik Derek telah menyertai satu perlumbaan lari semasa Olimpik 92'. Tengah syok Encik Derek ni berlari, tiba-tiba dia punya betis (ligamen) terkoyak..(tersepak katil pun sakit wooo....inikan pula ligamen terkoyak lagilah meraungkan?). Tetapi Encik Derek tetap bangun dan menyambung perlumbaan tersebut. (Part yang paling sedih dan mencurahkan air mata + lagu You raise me up yang menyayat hati serta sanubari huhu (T_T) - "I am strong when i am on your shoulder"..) Tiba-tiba ayah dia berlari kearahnya dan menasihatinya supaya tidak meneruskan perlumbaan itu. Tapi dek kedegilan Encik Derek ni yang hendak menamatkan juga perlumbaan itu, ayahnya terpaksa akur. Hasilnya semua orang menyanjunginya dan bertepuk tangan untuk dia..
Tapi yang paling best adalah pengajaran atau ibrah yang boleh kita ambil daripada video ni, Masyaallah. Pengajaran yang pertama adalah jangan berputus asa dalam membuat kebaikan. Sebagai seorang Muslim kita tidak boleh berputus asa dalam mencari rahmat Allah, tidak kiralah apa jua matlamat yang ingin kita capai asalkan tidak lari dari landasan Islam yang sebenar. Cuba kita lihat perjuangan Rasulullah s.a.w, pernah suatu ketika baginda dibaling najis, dicerca, dan dihina kerana menyebarkan agama Islam. Tetapi kerana usaha baginda yang tidak pernah berputus asa, tanpa menghiraukan ujian dan mehnah yang melanda malah meletakkan Allah diatas segala-galanya, kita tidak akan dapat nikmat Islam dan Iman pada hari ini. Allah telah berfirman dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud :
" Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.
Allah telah menyatakan dengan jelas dalam AlQuran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat
seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus
asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Hebatkan Islam itu!! Subhanallah... Benarlah kata-kata Saidina Umar al-Khatab :
“Kita adalah satu bangsa yang dimuliakan dengan Islam dan sekiranya kita mencari kemuliaan selainnya pastinya kemuliaan yang kita kecapi akan hilang”.
Allah juga telah berfiman dalam surah asy-Syarh ayat 5 - 7 yang bermaksud:
"Oleh itu (maka tetapkanlah kepercayaan mu) bahawa sesungguhnya disetiap kesusahan ada kemudahan.[5] (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya disetiap kesusahan pasti ada kemudahan.[6] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka berusahalah bersungguh-sungguh (mengamalkan amal soleh yang lain).[7]"
Pengajaran yang kedua pula adalah kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Boleh juga dikaitkan dengan kasih sayang ibu. Ibu dan ayah akan memberi semangat dan dorongan disaat-saat kita memerlukan. Macam ayah Encik Derek tulah yang sokong anaknya sehingga tamat perlumbaannya. Dan hakikatnya ibu dan ayah adalah hadiah daripada Allah kepada kita. Sebab itulah kita wajib menghormati mereka. Didalam al-Quran, Allah telah sebutkan tuntutan taat kepada ibu bapa dan sering bergandingan dengan ketaatan kepada Allah, antaranya ialah:
"Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu." (Surah an-Nisa: 36.)
"Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa." (Surah an-An'am: 151.)
"... Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah..." (Surah Al-Ahqaf :ayat 15).
Percayalah jika anda berusaha pasti akan mendapat balasan daripada Allah kerana Allah telah berjanji dalam al-Quran dan jika anda menhormati ibu bapa anda pasti mendapat ganjaran Syurga dan Keredaan Allah... insyaAllah...(~.^)
No comments:
Post a Comment