Wednesday, 25 April 2012

Halal Setelah Haram

            Seorang lelaki yang telah menyesal akan perbuatan jahatnya telah memasuki sebuah masjid, yang mana ketika itu Rasullullah s.a.w sedang menunaikan solat berjemaah.  Selepas seusai solat, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram, maka ia akan memperolehi yang halal".
           Menjelang waktu malam, syaitonirrajim telah mendorong lelaki tersebut untuk kembali melakukan kejahatan.  Dia pun pergi ke sebuah rumah milik seorang wanita yang telah kematian suami dan wanita itu juga tinggal bersendirian.  Setelah memasuki ke dalam rumah wanita itu, dia ternampak makanan yang telah sedia terhidang dan hal ini telah menimbulkan rasa keinginnannya untuk merasai makanan itu. Semasa lelaki itu hendak mengambil makanan tersebut dia teringat akan sabda Rasulullah s.a.w tadi, maka dia tidak jadi untuk meneruskan keinginannya.  Kemudian setelah menggeledah dibilik rumah itu, lelaki tersebut menjumpai banyak wang serta permata.  Dia ingin mengambilnya tetapi sekali lagi dia teringat akan kata-kata Rasulullah s.a.w.  Seterusnya dia melihat pula ke dalam bilik yang lain yang mana terdapat seorang wanita yang sedang tidur.  Lelaki tersebut ingin menyentuhnya lantas dia teringat lagi akan sabda baginda s.a.w.  Lalu dia keluar dari rumah wanita itu tanpa melakukan apa-apa kejahatan.  Dia merasa gembira kerana mampu melawan godaan syaitonirrajim...
           Setelah itu dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh dan kemudian dia duduk di satu sudut masjid sambil memikirkan tentang dirinya.





                                                                      
          
 Apabila matahari telah meninggi datang seorang wanita kedalam masjid dan mengadu kepada Rasulullah s.a.w bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri tetapi tidak mengambil apa-apa.  Wanita tersebut  merasa bimbang jika pencuri itu datang kembali dan melakukan apa-apa terhadap dirinya.  Wanita itu juga mengatakan bahawa dirinya telah kematian suami.
           Lalu Rasulullah s.a.w melihat sekitar masjid itu dan dilihatnya ada seorang lelaki yang sedang duduk disatu sudut masjid.  Kemudian baginda s.a.w bertanya tentang perihal yang berkaitan dengan dirinya.  Lelaki itu menjawab bahawa dia hidup bersendirian kerana isterinya telah meninggal dunia.
           Rasulullah s.a.w pun meminta kedua orang itu bernikah tetapi mereka merasa malu.  Akhirnya Rasulullah s.a.w pun menikahkan pasangan itu.  Pada waktu ini, lelaki itu menangis dan menceritakan keadaannya yang sebenar kepada baginda s.a.w.  
           Kemudian pasangan itu keluar dari masjid dan menuju ke rumah wanita itu.  Lelaki itu telah memperolehi segala yang haram buatnya malam tadi.  Makanan yang haram buatnya telah menjadi halal baginya.  Permata dan wang yang haram telah menjadi halal untuk lelaki itu gunakan. Dan wanita yang haram disentuhnya halal baginya untuk menggaulinya kerana wanita itu telah menjadi isterinya...
                                                          .................................
                                                     
Hebat kan Islam ini!....Jika kita lihat, Allah mengharamkan sedikit perkara tetapi menghalalkan banyak perkara...contohnya Allah mengharamkan makanan yang haram seperti bangkai, khinzir, anjing dan makanan daripada sumber yang haram tetapi Allah menghalalkan makanan di lautan, makanan yang disembelih dengan nama Allah dan sebagainya. Jika kita mengira dan kemudian membandingkan, makan yang halal lagi banyak daripada makanan yang haram.  Contoh yang kedua, Allah mengharamkan berzina tetapi menghalalkan perkahwinan malah mendapat ganjaran lagi iaitu pahala serta dapat melaksanakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Jadi renung-renungkan dan selamat beramal.....(~.^)


- Artikel ini diedit dan ditokok-tambah bagi menyedapkan cerita ( tetapi dalam maksud yang sama ) daripada buku Kisah-Kisah Teladan...     

No comments:

Post a Comment

(tulisan gerak2)

snow



~Aktiviti Berjalan~



Selamat Datang ke Blog AQSA UniSZA. Kami ingin mengucapkan selamat menghadapai peperiksaan akhir semester, bittaufiq wannajah! شكرًا . :)