Alhamdulillah.. pada tarikh 20 Febuari 2014 , Persatuan
Mahasiswa Al-quran dan As-sunnah ( AQSA ) telah mengadakan ANNUAL GRAND MEETING
( AGM ) yang mana tujuan AGM ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada :
1) Kepimpinan AQSA 2013
membuat pembentangan lajnah masing2 .
2) Peletakan jawatan
bagi Kepimpinan AQSA 2013, sekaligus diadakan perlantikan baru serta perasmian
bagi Kepimpinan AQSA 2014 .
Setinggi-tinggi penghargaan
ucapan tahniah dan terima kasih kepada saf kepimpinan AQSA 2013 kerana berjaya
memegang amanah serta jalankan tanggungjawab yang diberi dengan baik sekali.
Moga segala jasa mantan2 sekalian dibalas oleh Allah kelak.
Melalui majlis ini,
diharap semua Saf Kepimpinan yang baru pula dapat menjalankan tanggungjawab
yang diberikan oleh ahli persatuan dengan baik dan amanah. Ingatlah , jangan
sesekali menganggap bahawa amanah yang telah diterima akan membebankan diri
malah anggaplah ia sebagai pemudah cara untuk masuk ke syurga . Hal ini kerana
Allah telah berfirman didalam ayat suciNya :
( لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا
مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ . . . . (٢٨٦
( Allah tidak memberati seseorang
melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang
diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya . . . .
) [ 2 : 286 ]
Maka dengan itu, jalankanlah
amanah dengan sebaiknya.
وَإِذْ قَالَ
رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً . . . .(٣٠)
( Dan (ingatlah)
ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi". . . . ) [ 2 : 30 ]
Pembentangan setiap lajnah
No comments:
Post a Comment