Friday, 25 May 2012

Ukhuwah Itu Manis Macam Aiskrim,,,Tahu!!!




         Kita seringkali terdengar atau kadang-kadang kita sendiri yang  mengucapkan kepada sahabat - sahabat kita "ana uhibbuka/uhibbuki fillah" ataupun "ukhuwah fillah abadan abada".  Secara jujurnya, perkataan - perkataan yang diucapkan itu memang menyayat hati [tapi untuk sahabat sesama jantina ye!!!... bukan untuk couple -couple sebelum nikah tau...((d[-_-]b)) ].  Tapi sejauh mana ucapan "ana uhibbuka/uhibbuki fillah" ini di lafazkan? Sampai dihati dan dapat dilakukan dengan perbuatan atau sekadar lafaz di mulut sahaja. Apabila berlaku salah faham dalam kalangan sahabat -sahabat maka berlakulah perang dunia ketiga yang meletus kebabom dan tidak tahu bila akan berakhir. Jadi bagaimana dengan ucapan - ucapan yang kita lafazkan kepada sahabat-sahabat kita "ana uhibbuka / uhibbuki / uhibbukuma / uhibbukum / uhibbbukunna".  Persahabatan itu tidak semudah dengan menyatakan "ana uhibbuka / ki / kuma / kum / kunna", tetapi ia memerluka masa, cabaran, dugaan, kesabaran, pengorbanan sebagai mekanisme untuk memprosesnya.
      Betapa indah dan manisnya  sesuatu persahabatan yang disandarkan kerana Allah itu, tidak akan lekang daripada diuji kerana Allah telah berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 2 yang bermaksud :
“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”
Maka, apabila sesebuah persahabatan itu diuji, timbullah adegan - adegan sakit hati, tak puas hati, sedih hati, makan hati,  serta perkara - perkara yang berkaitan dengan hati dan hasilnya mampu mengganggu gugat ukhuwah yang telah dibina sekian lama.
        Kadang - kadang kita cemburu dengan kelebihan yang ada pada sahabat kita contohnya sahabat kita ada kereta lamborghini warna hijau, mendapat CGPA 4.99 dalam peperiksaan, pandai masak telur goreng paling sedap didunia, memiliki wajah yang tampan/canteq...maka bermulalah adegan (hasad dengki) - "KAU HENGAT KAU HENSEM/CANTEQ SANGAT?".  Ataupun kadang -kadang kita nak tegur atau menggembirakan sahabat kita tapi tersalah perbuatan @ percakapan yang menyebabkan sahabat kita itu sakit hati maka bermulalah adegan - adegan bermasam muka, kutuk- mengutuk, "tak nak kawanlah dengan.. tuuut".  Ataupun lagi, kita bangga dengan kelebihan yang ada pada diri kita sehingga merendah-rendahkan sahabat kita.
         Apabila kita bersahabat dengan seseorang kerana kelebihannya, suatu hari nanti kita akan kecewa dengan kekurangannya.  Jika kita bersahabat dengan seseorang kerana kepandaiannya, suatu hari nanti kita akan meninggalkannya kerana satu perkara yang dia tidak tahu. Jika kita bersahabat dengan seseorang kerana kecantikannya @ kehensemannya, suatu hari nanti kita akan membencinya kerana kadang - kadang dia selekeh...err... . Bersahabatlah kerana kita semua adalah manusia biasa yang tidak akan pernah sempurna.  Allah menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi  Tapi simptom- simptom diatas berasal daripada hati.  Maka berlapang dadalah dan berbaik sangka atau berfikiran positif. Bak kata pepatah omputih " to be happy just think positive". Jangan biarkan penyakit-penyakit hati bertahta dalam diri. Sebab,  pasti kita yang akan rugi. 
       Setinggi mana pun ego kita dalam  sesebuah persahabatan, suatu hari nanti kita pasti merindui dengan sahabat - sahabat yang pernah kita sakitkan hatinya ataupun melakukan adegan - adegan seperti diatas kerana manusia itu fitrah dijadikan untuk berkasih sayang.  Buktinya, contoh apabila cuti semester yang panjang, berjela - jela notification atau messege dekat mukabuku - "rindu lah korang semua" ....wahahaha.....(~_^) ... . Pada masa itu barulah kita rasa UKHUWAH ITU MANIS MACAM AISKRIM,,,TAHU!!!   Jadi, jika persahabatan itu sedang diuji maka cubalah untuk berlapang dada kerana pasti ada hikmah yang Allah akan berikan.
       Beberapa ayat - ayat cinta daripada Allah tentang persaudaraan :

" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. " 
( Al-Hujuraat : 10 ) 
" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing." 
( Al-Hijr : 47 )

Dalam sebuah hadis yang menerangkan tentang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari tiada naungan kecuali naungan Allah, Rasulullah menyebutkan salah satu di antaranya adalah, 
" Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan  berpisah keranaNya. " 
  ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ) 
Dan di dalam sebuah hadith qudsi, Allah berfirman : 
" Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, berhak atas kecintaanKu "
( Hadis riwayat Malik dan Ahmad )


(Amaran keras : entry kali ini tidak bermaksud untuk mengenakan atau ditujukan mana -mana  pihak. Jika ada yang ingin menghempas laptop atau PC selepas membaca entry ini sila beristighfar banyak -banyak...dan hayati nasyid nih...hihihi.. (~_^)..)


  

1 comment:

  1. nice posting.. =) '' ana uhibbukka fillah '' :P

    ReplyDelete

(tulisan gerak2)

snow



~Aktiviti Berjalan~



Selamat Datang ke Blog AQSA UniSZA. Kami ingin mengucapkan selamat menghadapai peperiksaan akhir semester, bittaufiq wannajah! شكرًا . :)