Saturday, 2 June 2012

Tumpang tanya Encik,,,Unisza dekat mana?

UniSZA, Kuala Terengganu.
      
         Buat hadek - hadek lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  yang telah  terpilih mendapat surat tawaran menyambung pengajian di peringkat Diploma dari Universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA) sudah pastinya soalan diatas bermain di fikiran mereka.  Maka bermulalah episod suka dengan riang gembiranya atau duka cita yang mencalarkan hati untuk mencari dan bertanya dengan mak cik Google, pak cik Google, cikgu Google, ustaz Google, profesor Google sehinggalah datuk dan moyang Google.  Buat hakak - hakak dan habang - habang senior yang telah secara rasminya menjadi mahasiswa serta mahasiswi Universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA) pula, pasti menghitung hari untuk pulang ke tanah air (tempat menimba ilmu) yang dicintai,,,cewwah!!!   Ada yang semangat  berkobar - kobar dan tak sabaq- sabaq noooooo nak pulang berjumpa dengan adinda/kakanda Unisza yang tersayang, tercinta, dan terindu...err... [[d(-_-)b]] hehehe...].  Ada juga yang menarik rambutnya sambil berkata "arghhhhhh..........tidaaaaaaaaaaaaaakkkk". 
        Tidak kiralah situasi apa yang anda sedang alami (weyy,,,cuti dah nak habislah), apa kata kita berazam untuk menjadi insan yang lebih baik dalam menuntut ilmu dan juga dalam semua aspek kehidupan.  Mari kita renungkan dan mengambil pengajaran daripada kisah seorang imam yang pernah menjadi legenda dunia, suatu ketika dahulu iaitu Imam Syafie.  Menyelusuri perjalanan hidup dan proses pembelajaran Imam Syafie amat menarik sekali. Ketika kanak-kanak sebayanya sering menghabiskan masa dengan bermain, Imam Shafie pula memperuntukkan banyak masanya untuk menghafaz dan menuntut ilmu. Beliau yang mempunyai ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa ini telah menghafaz Al-Quran ketika berumur 9 tahun. Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab ‘Muwatta’ karangan Imam Malik. Melihat keluarbiasaan ini, pernah seorang bertanya kepada Imam Shafie, bagaimana cara beliau menuntut ilmu. Beliau menjawab: “Bagaikan seorang perempuan yang kehilangan anak. Sedangkan dia tidak mempunyai anak selain dari yang hilang itu.” Begitulah kecintaan anak kelahiran Mesir ini pada ilmu. Kepapaan dalam hidupnya bukanlah penghalang beliau untuk tidak menuntut ilmu. Ayahnya telah meninggal sebelum beliau dilahirkan. Beliau sering mengikut ibunya setiap kali ada majlis ilmu. Ibunya yang tegas dengan hukum hakam sering mendidik beliau perkara halal, haram dan subahat sekalipun dalam soal pengambilan sebarang makanan. Dengan berkat penjagaan ini, Imam Shafie dianugerahkan Allah daya ingatan yang luar biasa.

Kisah Imam Syafie bersama Sifunya dalam menuntut ilmu


           Buat pertama kalinya Imam Shafie keluar daripada tempat kelahirannya, Makkah dan mengembara untuk meluaskan ilmu.
          Apabila tiba di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau terpandang satu Majlis ilmu yang disampaikan oleh seseorang yang sangat hebat dalam masjid tersebut. Orang tersebut sedang bersyarah di hadapan begitu ramai anak-anak muda yang kesemuanya khusyuk mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Dengan langkah yang tertib, Imam Shafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Shafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Beliau menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik tersebut di atas tapak tangannya. Tanpa di sedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.
         Selesai pengajian, Imam Malik pun memanggil Imam Shafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Shafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malik bertanya kepada Imam Shafie, “Apakah kamu berasal dari Makkah”. Jawab Imam Shafie, “Benar”. Imam Malik kemudian bertanya, “Mengapakah engkau bermain-main dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?”. Jawab Imam Shafie, “Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas dan pena, segala yang tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya dengan menggunakan lidi dan air liur untuk saya menghafalnya”.
Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Shafie, beliau tidak menjumpai sebarang tulisan pun. Beliau terus berkata, “Tetapi kenapa tapak tangan engkau ni kosong sahaja”.
Kata Imam Shafie, “Benar tuan. Namun demikian tuan, saya telah pun menghafal semua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu”.
          Setelah beliau disuruh membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak ada satu hadis yang tinggal daripada 20 hadis yang diajar hari itu. Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi sebelumnya. Imam Malik begitu tertarik hati dengan kebijaksanaannya. Semenjak peristiwa itu, Imam Shafie dijemput untuk menetap di rumah Imam Malik sebagai tetamu sekali gus menuntut ilmu dengan Imam Malik. Selama 18 bulan Imam Shafie berguru dengan Imam Malik. Hatinya yang terang memudahkan beliau memahami dan menghafal kitab al-Muwatta’. Sehingga akhirnya, murid kesayangan Imam Malik ini sering diberi penghormatan bersyarah dan mengajar murid-murid yang lain.
######

Imam Syafie merupakan tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah.  Selain itu, beliau juga banyak berguru dalam pelbagai bidang antaranya syair dan puisi, ilmu hadis, ilmu al-Quran, ilmu peperangan dan bermain senjata serta ilmu firasat.  Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada penuntut ilmu. Antaranya ialah :

1. Imam al-Syafie pernah bersyair:
Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalanMaka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiatDan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahayaDan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’  

 2.Beliau Berkata :
"Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”
3. Berkaitan dengan kegunaan ilmu pula Imam Syafie pernah berkata: 
“Sesiapa yang mempelajari  al - Quran, besar harga dirinya. Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya. Siapa yang mempelajari bahasa, lembut hatinya. Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan siapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya”.  

Ok...bila sudah tahu kisah Imam Syafie ini, apalagi yang anda tunggu!!!.. Mari kibarkan semangat yang tersembunyi dalam hati anda. Takbir !!! Allahu Akbar!!!.....(~_^)  


No comments:

Post a Comment

(tulisan gerak2)

snow



~Aktiviti Berjalan~



Selamat Datang ke Blog AQSA UniSZA. Kami ingin mengucapkan selamat menghadapai peperiksaan akhir semester, bittaufiq wannajah! شكرًا . :)