p/s : kalau tak boleh dengar dengan jelas video tu boleh tengok kat youtube...tapi jangan lupa untuk baca kat bawah ni...selamat berenjoy...(~.^)
1. Untuk sujud menyembah Allah
Firman Allah maksudnya : "padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar."( Surah al-Bayyinah 5 : 98 )
2. Sebagai khalifah di bumi Allah
Firman Allah, maksudnya : "dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksanyaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."( Surah al-An'am 6 : 165 )
3. Untuk menyeru kebaikan, membanteras kejahatan
Firman Allah, maksudnya : "dan hendaklah diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya."( Surah Ali I'mran 3 : 104)
4. Allah tidak menjadikan kita sia-sia
Firman Allah, Maksudnya : "maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu menyangka pula tidak akan dikembalikan kepada Kami."( Surah al-Mu'minun 23 : 115)
Inilah jawapan dari Ayat-ayat cinta Nya...
No comments:
Post a Comment