Wednesday, 25 April 2012

Halal Setelah Haram

            Seorang lelaki yang telah menyesal akan perbuatan jahatnya telah memasuki sebuah masjid, yang mana ketika itu Rasullullah s.a.w sedang menunaikan solat berjemaah.  Selepas seusai solat, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram, maka ia akan memperolehi yang halal".
           Menjelang waktu malam, syaitonirrajim telah mendorong lelaki tersebut untuk kembali melakukan kejahatan.  Dia pun pergi ke sebuah rumah milik seorang wanita yang telah kematian suami dan wanita itu juga tinggal bersendirian.  Setelah memasuki ke dalam rumah wanita itu, dia ternampak makanan yang telah sedia terhidang dan hal ini telah menimbulkan rasa keinginnannya untuk merasai makanan itu. Semasa lelaki itu hendak mengambil makanan tersebut dia teringat akan sabda Rasulullah s.a.w tadi, maka dia tidak jadi untuk meneruskan keinginannya.  Kemudian setelah menggeledah dibilik rumah itu, lelaki tersebut menjumpai banyak wang serta permata.  Dia ingin mengambilnya tetapi sekali lagi dia teringat akan kata-kata Rasulullah s.a.w.  Seterusnya dia melihat pula ke dalam bilik yang lain yang mana terdapat seorang wanita yang sedang tidur.  Lelaki tersebut ingin menyentuhnya lantas dia teringat lagi akan sabda baginda s.a.w.  Lalu dia keluar dari rumah wanita itu tanpa melakukan apa-apa kejahatan.  Dia merasa gembira kerana mampu melawan godaan syaitonirrajim...
           Setelah itu dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh dan kemudian dia duduk di satu sudut masjid sambil memikirkan tentang dirinya.





                                                                      
          
 Apabila matahari telah meninggi datang seorang wanita kedalam masjid dan mengadu kepada Rasulullah s.a.w bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri tetapi tidak mengambil apa-apa.  Wanita tersebut  merasa bimbang jika pencuri itu datang kembali dan melakukan apa-apa terhadap dirinya.  Wanita itu juga mengatakan bahawa dirinya telah kematian suami.
           Lalu Rasulullah s.a.w melihat sekitar masjid itu dan dilihatnya ada seorang lelaki yang sedang duduk disatu sudut masjid.  Kemudian baginda s.a.w bertanya tentang perihal yang berkaitan dengan dirinya.  Lelaki itu menjawab bahawa dia hidup bersendirian kerana isterinya telah meninggal dunia.
           Rasulullah s.a.w pun meminta kedua orang itu bernikah tetapi mereka merasa malu.  Akhirnya Rasulullah s.a.w pun menikahkan pasangan itu.  Pada waktu ini, lelaki itu menangis dan menceritakan keadaannya yang sebenar kepada baginda s.a.w.  
           Kemudian pasangan itu keluar dari masjid dan menuju ke rumah wanita itu.  Lelaki itu telah memperolehi segala yang haram buatnya malam tadi.  Makanan yang haram buatnya telah menjadi halal baginya.  Permata dan wang yang haram telah menjadi halal untuk lelaki itu gunakan. Dan wanita yang haram disentuhnya halal baginya untuk menggaulinya kerana wanita itu telah menjadi isterinya...
                                                          .................................
                                                     
Hebat kan Islam ini!....Jika kita lihat, Allah mengharamkan sedikit perkara tetapi menghalalkan banyak perkara...contohnya Allah mengharamkan makanan yang haram seperti bangkai, khinzir, anjing dan makanan daripada sumber yang haram tetapi Allah menghalalkan makanan di lautan, makanan yang disembelih dengan nama Allah dan sebagainya. Jika kita mengira dan kemudian membandingkan, makan yang halal lagi banyak daripada makanan yang haram.  Contoh yang kedua, Allah mengharamkan berzina tetapi menghalalkan perkahwinan malah mendapat ganjaran lagi iaitu pahala serta dapat melaksanakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Jadi renung-renungkan dan selamat beramal.....(~.^)


- Artikel ini diedit dan ditokok-tambah bagi menyedapkan cerita ( tetapi dalam maksud yang sama ) daripada buku Kisah-Kisah Teladan...     

Thursday, 19 April 2012

Siapakah kita & mengapakah kita dihidupkan didunia ini?

p/s : kalau tak boleh dengar dengan jelas video tu boleh tengok kat youtube...tapi jangan lupa untuk baca kat bawah ni...selamat berenjoy...(~.^)




1. Untuk sujud menyembah Allah
Firman Allah maksudnya : "padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar."( Surah al-Bayyinah 5 : 98 )


2. Sebagai khalifah di bumi Allah
Firman Allah, maksudnya : "dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu  atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksanyaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."( Surah al-An'am 6 : 165 )


3. Untuk menyeru kebaikan, membanteras kejahatan
Firman Allah, maksudnya : "dan hendaklah diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya."( Surah Ali I'mran 3 : 104)


4. Allah tidak menjadikan kita sia-sia
Firman Allah, Maksudnya : "maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu menyangka pula tidak akan dikembalikan kepada Kami."( Surah al-Mu'minun 23 : 115) 


Inilah jawapan dari Ayat-ayat cinta Nya...

Wednesday, 11 April 2012

Malu terbit dari Iman

 Assalamualaikum…
            Entri kali ini membincangkan tentang sifat malu.  Malu yang dimaksudkan di sini adalah malu untuk melakukan perkara dosa atau perkara yang menjatuhkan maruah.  Antara sebab yang membantu menyuburkan perkara dosa dan maksiat ialah kurangnya rasa malu pada diri seseorang itu.  Sifat malu menghalang seseorang Muslim daripada melakukan dosa dan pada masa yang sama ia menjadi pendorong untuk dirinya memperbaiki amalan dengan menambah kebaikan.  Berkata para ulamak: “ hakikat malu itu ialah satu akhlak yang membawa kepada sikap meninggalkan yang buruk dan menghalang diri daripada mengabaikan hak kepada sepatutnya.” Imam An-Nawawi telah menyebut 4 hadis utama yang berkaitan dengan sifat malu dalam kitab Riyadh al-Solihin, iaitu:
1.      Hadis pertama:
Daripada Ibn Umar r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w melewati seorang sahabat Ansar yang sedang menasihati saudaranya kerana pemalu, kemudian Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “ biarkanlah ia begitu, sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim).    
Walaupun sahabat itu menasihati saudaranya supaya mengurangkan rasa malu tetapi Rasulullah telah menengahnya dengan pesanan yang ringkas: “malu itu sebahagian daripada Iman.”
2.      Hadis kedua:
Daripada Imran bin Hushain r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “malu itu mendatangkan kebaikan semata-mata.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Malu itu tidak akan mendatangkan kecuali perkara yang baik.  Malu yang berasaskan keimanan pasti akan membawa kebaikan kepada pemiliknya.  Malu kepada Allah pasti akan menjadikan seseorang Muslim itu berusaha memperbaiki amalan dan meninggalkan dosa.  Malu kepada manusia pasti akan memelihara akhlaknya daripada melakukan perkara yang menyakiti mereka atau menjatuhkan maruah dirinya.
3.      Hadis ketiga:
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “iman itu mempunyai enam puluh lebih @ tujuh puluh lebih cabang.  Yang paling utama adalah ucapan  “lailaha illallah” dan yang paling rendah adalah membuang sesuatu gangguan dari jalan.  Dan malu  adalah sebahagian daripada Iman.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Hal ini memberikan kefahaman kepada kita bahawa malu itu sendiri ialah satu amalan yang membawa kepada iman yang kuat.  Ia bukan semata-mata  sifat yang membawa amalan, malah ia sendiri  adalah amalan yang berdiri dengan sendirinya.
4.      Hadis keempat:
Daripada Abu Said Al-Khudri, beliau berkata, “Rasulullah s.a.w adalah orang yang sangat pemalu melebihi pemalunya seorang gadis pingitan.  Apabila Baginda melihat sesuatu yang tidak disukainya maka kami dapat mengetahuinya melalui riak muka Baginda.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Lihatlah betapa Rasulullah s.a.w menghiasi dirinya dengan sifat malu yang tinggi sehingga begitu sekali sahabatnya membuat perumpamaan.

Semoga kita dikurniakan sifat malu yang membawa kepada keimanan – meninggalkan maksiat dan menambahkan ketaatan kepada Allah s.w.t.  Itulah yang akan membantu kita di akhirat kelak …Insyaallah…Beruntunglah orang – orang yang malu kerana Allah.
-Artikel ini dicopy, diedit & dipaste dari majalah Solusi isu no.5…(~.^) 

Monday, 9 April 2012

Titipan Buat Teman



Ya Sodiqi.
sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat,
generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah",
kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam,
meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan,
dalam menegakkan agama Allah yang diredhai.

Wahai Rajul penegak Islami.
Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi.
selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki,
demi Islam yang dicintai.
Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami,
agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi,
tidak gentar berjuang di jalan Ilahi





Duhai akhawat mukminah sejati,
inginku ingatkan kita adalah sayap kiri perjuangan lelaki sejati.
Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi.
Tuturmu berhikmah penuh teliti,
menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi.
Pagari dirimu dengan syariat Islami.
Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki,
agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki,
tanpa iman yang teguh di hati.

Wahai sahabat pendukung agama Allah,
hubungkanlah hatimu dengan ukhuwahfillah,
agar jiwa ini dekat dengan Illahi.
Tabahkan hati menempuh cubaan duniawi,
semoga syurga tempat pertemuan abadi.

(tulisan gerak2)

snow



~Aktiviti Berjalan~



Selamat Datang ke Blog AQSA UniSZA. Kami ingin mengucapkan selamat menghadapai peperiksaan akhir semester, bittaufiq wannajah! شكرًا . :)