Tuesday 16 April 2013

Manfaatkanlah Cuti Dengan Sebaiknya...


SALAM PERJUANGAN BUAT SAHABAT2KU
Rasanya belum terlambat utk mengucapkan "Selamat Bercuti" kpd shbt2 sekalian, jom manfaatkan masa utk sentiasa berada di dalam keredhaanNya (^_^)

Seringkali ungkapan dakwah kita dengar..
namun ia bukan satu perkara yang mudah..
dakwah yg pertama sekali adalah kepada diri sendiri..
bina dan bantu diri sendiri terlebih dahulu..
hindari dari melakukan perkara yg dilarang Allah..
Dekatkan diri kepadaNya..

dekatkan diri kepada Allah

 hayati surah al mukminun tentang ciri2 orang yang berjaya..


Mereka yang berjaya ialah orang-orang yang beriman yang khusyuk di dalam solatnya, yang menjauhkan diri mereka dari perkara-perkara yang tidak berguna, yang menunaikan zakat, yang menjaga kemaluannya, yang menjaga amanah dan janjinya serta orang-orang yang menjaga solatnya.
~petikan orang yg berjaya dr surah al mukminun~

10 muwasafat tarbiyah


Dalam usaha memantapkan diri, jangan kita lupa untuk berdakwah kepada orang terdekat yakni keluarga, kemudian sahabat, seterusnya orang lain yang berada di sekeliling kita..
Dakwah tu x mudah, tapi ingat..
Allah nak lihat usaha kita dalam memperjuangkan agamaNya ^____^
Mudah2an ini menjadi bekalan untuk kita bawa ke akhirat nanti..

Rancanglah sesuatu yg bermanfaat utk cuti ini ye shbt2..dan antara yang paling penting mestilah meluangkan sebanyak mungkin masa bersama keluarga tercinta..
Rasa jauh dari mereka bila jauh di medan ilmu ni..

Mudah2an kasih sayang antara kami semakin erat dan bertambah mekar hingga ke JannahMu Ya Allah

SELAMAT BERCUTI..
JOM MANFAATKAN MASA CUTI DENGAN MEMBINA DIRI MENJADI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG CEMERLANG DARI SEGENAP ASPEK :)

“ Ya Allah, pinjamkan kami keberanian dan  ketangkasan sahabat-sahabat terdahulu, ketabahan dan kecekalan hati-hati mereka yang telah kau pilih untuk terus tegar mencintai jalan dakwahmu ini “

farisnordin809

No comments:

Post a Comment

(tulisan gerak2)

snow



~Aktiviti Berjalan~



Selamat Datang ke Blog AQSA UniSZA. Kami ingin mengucapkan selamat menghadapai peperiksaan akhir semester, bittaufiq wannajah! شكرًا . :)