Wednesday, 10 October 2012

“Err,..hallo !! kau hengat kau tu baek sangat ker?”

To be happy just think positive.. =)

Situasi 1 :
“ Dia tu kenapa,… pandang aku macam tak puas hati jer… kalau tak puas hati cakap je la.. ni tak.. macam nak ajak aku bergaduh pulak… dia ingat aku tak berani ker? “
Situasi 2 :
“ Haish… orang tua ni… Tak payah lah nak nasihatkan aku sangat,.. aku tahulah apa aku buat.. Kubur kan lain- lain, dia tu yang dah tua bangka tak sedar - sedar lagi ker kubur dah seru nama dia? ”
Situasi 3 :
“ Kenapa orang tu solat jari dia gerak – gerak masa tahiyyat akhir? Dia ikut mazhab jahilliyyah agaknya … haish… sesat.. sesat “
Situasi 4 :
“ Eleh, dia hengat dengan pakai kopiah, pakai jubah, tu… dah alim sangat ker? Nak nasihat kat orang konon..bajet bagus sangatlah tu.. entah – entah dia sendiri yang buat maksiat “
Jadi bagaimana… ? Adakah anda pernah mengalami atau berhadapan dengan situasi –situasi seperti ini ..? Jika anda pernah mengalami situasi – situasi seperti ini.. memang sah anda mengalami penyakit yang doktor pun tak boleh tolong iaitu penyakit berburuk sangka.  Anda perlu mendapatkan rawatan dengan segera supaya penyakit ini tidak merebak dan menjadi lebih parah. Jom kita hayati kisah alam sufi ini.
            Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan Al- Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita.  Di sisi mereka terletak sebotol arak.  Lalu Hassan Al-Basri berbisik, “ alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia sepertiku!”.  Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu di tengah sungai yang sedang tenggelam.  Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong perahu yang hampir lemas.
            Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.  Kemudian dia berpaling ke arah Hassan Al-Basri dan berkata, “ Jika engkau memang lebih mulia daripada aku, maka dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi yang belum sempat aku selamatkan.  Engkau diminta untuk menyelamatkan seorang sahaja, sedangkan aku dapat menyelamatkan enam orang.”
            Bagaimanapun, Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu.  Maka, lelaki itu berkata kepadanya, “Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di sampingku ini adalah ibuku, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa bukanlah air arak.  Ini hanya untuk menguji tuan.”
            Hassan Al- Basri terpegun lalu berkata,” Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam dalam sungai, maka selamatkanlah aku dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan”.  Oran itu menjawab, “ mudah- mudahan  Allah mengabulkan permintaan tuan.”  Semenjak dari itu, Hassan Al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya makhluk yang tidak lebih dari orang lain.  
            Ya, begitulah kisah Hassan al-Basri yang dapat merawat penyakitnya sendiri.  Pengajarannya, janganlah berburuk sangka pada orang lain dan memandang rendah kepadanya.  Apabila kita melihat orang lain berbuat maksiat kepada Allah, janganlah terus menghinanya atau mencari aibnya, tapi jangan pula redha dengan perbuatannya.  Mungkin orang itu jahil tentang perbuatannya, sedangkan kita yang sebenarnya patut merasa malu pada diri sendiri, yang dikurniakan oleh Allah ilmu tapi masih juga melakukan perbuatan yang dilarang…. Allahurabbi…. (T_T)
Ada 6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:
1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.

2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.

3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.

4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.

Waallahu a’lam.

(tulisan gerak2)

snow



~Aktiviti Berjalan~



Selamat Datang ke Blog AQSA UniSZA. Kami ingin mengucapkan selamat menghadapai peperiksaan akhir semester, bittaufiq wannajah! شكرًا . :)