Friday, 23 March 2012

Belajar tawakal daripada semut


Sesungguhnya mustahil Allah menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia sehingga sekecil-kecil sekalipun pasti ada manfaatnya.  Salah satu makhluk Allah yang sering kali kita menganggap ia sebagai serangga perosak adalah semut.  Tetapi, kita perlu fikir dan mengambil I’brah mengapa Allah jadikan semut.  Pasti ada mesej atau signal daripada Allah yang perlu diambil peringatan oleh hamba-Nya.  Kisah belajar tawakal daripada semut ini berlaku daripada komunikasi antara Nabi Sulaiman a.s. dengan seekor semut.  Ini kisahnya…
Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk setahun.  Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum.  Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebiji gandum.  Mulut botol itu kemudiannya ditutup.  Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s.  Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebiji gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.  Nabi Sulaiman a.s. bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?  Semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya.  Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.  Tetapi apabila dikurung oleh manusia ( Nabi Sulaiman a.s. ) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia.  Mana tahu, kalau-kalau manusia itu lupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan jadi padanya?
Maksudnya, semut lebih yakin dengan jaminan Allah ketika di luar botol berbanding dengan jaminan manusia ketika berada dalam botol.  Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat dengan hanya memakan separuh sahaja daripada apa yang diperlukan untuk tempoh setahun supaya jika berlaku sesuatu di luar jangkaan ia dapat bertahan.  Inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari daripada semut.  Jangan sekali-kali bergantung pada sesama makhluk dalam soal rezeki.  Bergantunglah pada Allah… (~.^)

Tuesday, 13 March 2012

Selayang pandang…..

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
 Persatuan AQSA sesi 2011/2012

 ALHAMDULILLAH …berakhir sudah pembelajaran sesi 2011/2012. Diucapkan sekalung tahniah dan penghargaan buat  tampuk KEPIMPINAN AQSA 2011/2012 atas kejayaan
mereka dalam melaksanakan semua program. Begitu juga,jutaan terima kasih buat seluruh WARGA AQSA  atas komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan semua program  yang dirancang. Buat senior-senior yang bakal mengakhiri zaman Diploma Al-Quran Dan Al-Sunnah..Kami ucapkan selamat maju jaya dan semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang akan diceburi .
Terimalah cebisan hadiah dari kami semua sebagai tanda kenangan atas ukhwah yang telah terbina.....  
  Hari Keluarga AQsa



                  Rawabitul Mahabbah





                 Forum Remaja



                   Aktiviti  Jualan




         Hari Bersama Penasihat AQSA

selaku pengarah program..
penasihat AQSA




      Program Helwanis




        Majlis Sambutan Hari Raya 

                   








"Purple in Black Night"                                                                                                                         
      makan-makan              







(tulisan gerak2)

snow



~Aktiviti Berjalan~



Selamat Datang ke Blog AQSA UniSZA. Kami ingin mengucapkan selamat menghadapai peperiksaan akhir semester, bittaufiq wannajah! شكرًا . :)