Hari Jumaat adalah istimewa sehingga ia dinobatkan sebagai penghulu segala hari dalam seminggu.Justeru,kita wajar meraikan kehadiran hari Jumaat pada setiap minggu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti pesanan Rasulullah s.a.w.
1. Mandi
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa,mandi ialah suatu rutin hidup.Namun,mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w selaras dengan sabda baginda yang bermaksud,
"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat,maka mandilah."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
2. Menghias diri,memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.
Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru,kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya,kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain,solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya,maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih.Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."
3. Memotong kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama.Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.
4. Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi)
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `AtiQ." (Riwayat Al-BaihaQi)
5. Memperbanyak doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman.Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita,di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita.Sehubungan itu,kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini.Antaranya dengan cara berdoa.
Kita digalakkan untuk banyak berdoa,apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa.Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang bermaksud,
"Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).
6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat,kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud,
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."
Wallahu A'lam..
Labels
- Aktiviti Kami (8)
- Ayat-ayat Cinta (5)
- Kisah story dan cerita (3)
- Lagenda Dunia (3)
- Mutiara Hadis (3)
- Terbaik dr Ladang (12)
Thursday, 26 May 2011
unsur syirik pada kalimah sembahyang
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.”
Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh,” kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya
Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

Wednesday, 25 May 2011
:: mukjizat yang tiada tolok bandingnya ::
Pengenalan
Sekiranya kita betul-betul mengkaji ayat-ayat Al-Quran memang tidak syak dan ragu-ragu lagi bahawa “Al-Quran menjelaskan segala-galanya” (An-Nahla 16:89), bahkan “tidak ada apa-apa yang tertinggal (semuanya terkandung) di dalam Al-Quran” (Al-An’am 6:38). Al-Quran adalah super komputer!
Al-Quran menjelaskan tentang ilmu ICT, sistem pentadbiran, pembinaan prasarana, cara mendidik dan berfikir, dan segala fenomena yang berlaku seperti bagaimana matahari naik dari barat, dan kenapa berlaku kehilang lebah madu.
Al-Quran Menjelaskan Technology ICT
Al-Quran telah menjelaskan ilmu ICT sejak 1400 lagi. Misalnya pada surah Az-Zaariyat (51:1-11) terdapat sebelas ayat berturut-turut yang tersusun rapi yang menjelaskan dengan terperinci teknologi komunikasi tanpa wayar termasuklah menjelaskan kesan kepada otak dan pemikiran manusia. Adakah ini satu kebetulan? Atau adakah Nabi Muhammad SAW pernah belajar ICT?
Fenomena Kehilangan Koloni Lebah-madu Menakutkan
Sekarang para saintis barat kebingungan kenapa secara tiba-tiba boleh berlaku ‘kehilangan’ koloni lebah-madu (honey bee) di 4 buah benua dan mengesyakki pencemaran elektromagnetik dari penggunaan mobil-fon sebagai penyebab utama? Kenapa frekuensi rendah seperti 60Hz dan 250Hz mengganggu perjalanan lebah-madu sehingga tersesat dan tidak dapat kembali ke sarang masing-masing? Kenapa Al-Quran jelaskan lebah-madu telah dikhaskan “jalan-jalan”nya (16:69), dan sarang-sarangnya mesti di tempat tinggi (16:68)?
Quran Jelaskan Penyakit Kanser
Selain dari kehilangan koloni lebah-madu, para saintis juga risau terhadap kesan pencemaran radiasi elektro-magnetik seperti dari penggunaan mobil-fon, Wi-Fi, Wi-Max, lampu penjimatan tenaga, dan perkakasan elektrik kerana telah menyebabkan sel-sel DNA rosak, berlaku ketidakseimbangan iron (besi), ion, dan kalsium dalam sel-sel badan. Kenapa Al-Quran menyuruh manusia memakan kurma bersama anggur? Kajian mendapati kurma banyak mengandungi zat besi, dan zat besi dalam buah hanya dapat diserap apabila dimakan dengan vitamin C. Begitu juga kalenjar pinil yang merembes hormon melatonin mengandungi banyak galian besi, dan hormon melatonin ini adalah juga antioxidan yang boleh mencegah kanser. Adakah Nabi Muhammad SAW seorang pakar pemakanan dan pakar perubatan?
Allah Melarang Berfikir Cara Induktif
Allah memperli manusia yang menukar cara berfikir dari deduktif kepada induktif, kononnya idea dan pemerhatian mereka lebih hebat dari Al-Quran (10:35-37). Kemudian pada ayat 8:53, Allah melaknati umat Islam sebab mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka (cara berfikir). Adakah ini bermakna umat Islam terhina sebab dilaknati Allah kerana mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka?
Kenapa manusia sekarang tidak lagi pandai “berfikir dua kali”? Misalnya bila kita melarang merokok ada yang menjawab “semua kawan-kawan saya merokok, tak ada pun yang kena barah?” Bila ditanya kenapa perlu berbelanja besar untuk mencantikkan kubur, dia jawab “Hai, orang kristian boleh ada kubur cantik, orang cina ada kubur cantik, orang india ada kubur cantik, malulah kita orang Islam tidak ada kubur cantik!”. Ini adalah contoh-contoh berfikir cara induktif yang dilarang dalam Al-Quran (6:115-116).
Otak dan Komputer “berfikir” secara Deduktif
Tahukah anda perisian komputer tidak akan berjaya jika dibina dengan metod induktif? Hanya deduktif metod sahaja yang berjaya bangunkan sistem berkomputer. Kenapa teori-teori sains tidak akan diterima selagi tidak dibuktikan secara deduktif? Kenapa para pemikir pada zaman kegemilangan Islam berfikir secara deduktif (ahli astronomi, matematik, dsb)?
Kenapa Al-Quran menyuruh khusyuk dalam solat (4:43)? Apa kaitan khusyuk dengan “consciousness” (tahap sedar), tenaga elektromagnetik, sel-sel otak, dan cara berfikir?
Otak “berfikir” Menggunakan Elektromagnetik
Pada 2002, Johnjoe McFadden mengemukakan teori “CEMI field” yang mengatakan otak manusia “berfikir” dengan cara menggunakan elektromagnetik field. Kenapa teori ini hampir sama dengan teori Al-Quran . Adakah ini satu kebetulan, atau McFadden pernah mengkaji Al-Quran?
Matahari Terbit Dari Barat Sebab Bulan Merekah?
Saintis barat telah membuat beberapa teori tentang “Matahari Terbit dari Barat” dan Al-Quran juga ada teorinya. Al-Quran mengatakan ianya berpunca dari bulan merekah (55:1), kemudian bumi jadi tertonggeng iaitu kutub utara jadi selatan, dan selatan jadi utara (15:74). Apabila dikaji secara saintifik ianya amat logik sebab bumi adalah satu magnet besar, dan bulan pula apabila merekah akan memancar tenaga elektrik ke arah bumi!
Sistem Pentadbiran Islam
Al-Quran juga memberi panduan yang jelas bagaimana hendak mentadbir negara. Misalnya, perkara pertama yang perlu dibuat ialah membina prasarana (22:41) dan mengadakan potfolio seperti Khalifah, mufti, imam, ulul-albab, saabiqun bil-khairat, al-mutawassimin, dan para amil (pengurus zakat). Kemudian mewajibkan KPI “Amalan Pembaikkan” (41:33). Tahukah anda siapa dan apa tugas Saabiqun Bil-Khairat, dan siapa dia Al-Mutawassimin?
Siapa Yang Sebenarnya “AMIL”?
Siapa sepatutnya yang menjadi Amil, orang yang mengutip wang zakat atau orang yang membahagi wang zakat? Kenapa “Amil” dimasukkan ke dalam 8 asnaf? Kenapa para amil dikira orang yang susah? Adakah sebab dia duduk di masjid mengutip wang zakat atau sebab terpaksa turun padang mencari 7 asnaf yang lain? Kenapa para amil mesti tahu dan mengenali mereka? Mesti tahu masalah dan keperluan orang-orang susah seperti membaiki atap bocor, meyediakan air bersih, memastikan kesihatan terjaga, memastikan ada makanan untuk anak-anak, dan sebagainya?
Kenapa Amil mesti mengkaji dan menganalisa trend 7 asnaf; adakah tahap kesusahan menaik atau menurun, jika menaik kenapa? adakah sebab gaji kecil dan anak ramai, atau harga barang melambung naik. Tidakkah ini satu pekerjaan yang tersangat susah dan rumit (tetapi amat strategik)? Tidakkah ini satu sistem pentadbiran yang sangat baik, adil, cekap dan sistematik?
Amalan Solehan
Di Amerika Syarikat konsep “amalan solehan” dikenali sebagai “continous improvement” dan di Jepun di kenali sebagai “Kaizen”. Amerika mengamalkan “Continous Improvement” boleh menjadi negara termaju dan kuasa ekonomi terbesar dunia. Jepun mengamalkan “Kaizen” menjadikan negara ke dua termaju! Kenapa umat Islam yang memperkenalkan konsep ini menjadi antara negara yang termundur?
Al-Quran mendefinasikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai sebarang pekerjaan yang boleh menambah-baik sesuatu keadaan seperti bergaul dan mengembirakan anak-anak yatim (2:220), atau mereka-cipta sesuatu peralatan atau perubatan yang canggih lagi hebat seperti memulihkan wanita mandul supaya dapat hamil (21:90).
Al-Quran juga menjelaskan setiap orang yang mengaku Islam mestilah menjadikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI (key performance indicator) dalam hidup mereka (41:33). Malah Al-Quran meletakkan syarat kepada setiap pemimpin Islam supaya menjadi “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI sekiranya untuk terus diangkat jadi pemimpin (24:55).
Kenapa Umat Islam Tidak Menjana Ilmu?
Statistik dunia menunjukkan umat Islam hanya mengeluarkan kira-kira 3% ilmu saintifik, itu pun yang rendah mutu . Kenapa jadi begini? Kenapa umat Islam tidak mahu mengkaji dan mengeluarkan ilmu dari Al-Quran?
Insyaallah kita akan sama-sama bincangkan dan mengkaji ayat-ayat Al-Quran.

AQSA 2009/2010/2011
السلام عليكم… salam satu islam.. alhamdulillah, akhirnya AQSA unisza berjaya menyiapkan sebuah blog yang mampu menjadi medan untuk menyampaikan risalah dakwah melalui kemajuan dunia hari ini dan melalui sini jua kita mampu menyampaikan maklumat2 yang berguna kepada para sahbat.. sebagai permulaan, eloklah entry yang pertama ini memperkenalkan apa itu AQSA dan ahli2 nya..=) AQSA unisza merupakan sebuah persatuan pelajar yang bernaung di bawah pentadbiran Unisza.. secara holistik, persatuan AQSA merupakan sebuah persatuan yang telah bertapak sejak dari zaman Kusza lagi dan merupakan salah sebuah persatuan pelajar yang tertua di sini..AQSA merupakan singkatan bagi perkataan Al-Quran & As-Sunnah yang menjadi sumber panduan dan pegangan umat islam sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi.. bermula dari zaman kusza lagi, ramai tokoh2 besar telah lahir melalui persatuan AQSA ini..dan kebanyakan daripada mereka telah menjadi penyumbang kepada masyarakat di seantero rantau ini. sebagai sebuah persatuan yang memperjuangkan islam dan mendalami ilmu yang berkaitan dengan agama Islam, sewajarnya kita semua pelajar AQSA dapat menjadi contoh terbaik kerana kita semua memegang title Al-Quran & As-sunnah dan setiap apa yang kita laksanakan mestilah berlandaskan AL-Quran & As-Sunnah…
wajah2 pemimpin 2009/2010 yang menjadi lipatan sejarah..
barisan senior yang telah meninggalkan kenangan kepada kita..
barisan pelajar AQSA sem 4
wajah-wajah AQSA sem 2
semoga ukhuwwah yang terbina ini kekal abadan abada
jumpa lagi di entri akan datang
Subscribe to:
Posts (Atom)