Monday 29 July 2013

Program Halawatul Ukhwah & Iftar Jamaie ^^

                   Bismillahirranhmanirahim.... Bersempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak ini, Persatuan Mahasiswa Al-Quran & As-Sunnah dengan kerjasama pusat islam unisza telah mengadakan program Halawatul Ukhwah & Iftra Jamaie pada 26 julai yang lalu bertempat di masjid unisza.. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan sepanjang program berlangsung antaranya ceramah sempena dengan bulan Ramadan, running kids dan iftar jamaie.. memang cool lah.. kalau nak tahu lebih lanjut lagi moh tengok gambar di bawah ini... ^^




                                                 sepanjang program Halawatul Ukhwah











 
 
 

             Alhamdulillah..berakhir sudah program Halawatul Ukhwah ini..semoga ikatan ukhwah yang terjalin ini sentiasa tersimpul erat dan semoga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya.. jadikan bulan barakah ini sebagai bulan yang mampu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita..insyaallah.. Salam Satu Ramadan, iman ditingkatkan taqwa dilajukan ^^





Wednesday 24 July 2013

Pogram Rawabitul Mahabbah.."syiok abezz..~"

           Pada 20 hingga 21 jun 2013, Persatuan Al-Quran dan As-sunnah telah mengadakan pogram Rawabitul Mahabbah bertempat di Akedemi Kepimpinan GPMS Terengganu, Menggabang panjang, Batu Rakit..Pogram ini dilakukan semestinya untuk menyambut adeq-adeq diploma Al-Quran & As-Sunnah yang baru sahaja menjejakkan kaki ke UNisza..Istimewanya pogram rawabitul mahabah kali ni buat julung kalinya..cewah.. kami mengadakannya di kawasan luar Unisza...Nampak tak istimewanya disitu..^^

             Pelbagai aktiviti yang menarik dan 'best-best' yang kami hasilkan dalam pogram ini..memang syiokk habezz..nak tahu lebih lanjut, jom layan gambar di bawah..


                                                                 Aktiviti Kawad Kaki






                                                                     Ice breaking



             



                                                          
                                                            

                                                                               LDK    







                                                                         Night Walk






                                                                           
                                                                          Jungle Tracking







                                                                    Majlis Penutup







      
             Alhamdulillah..selesai sudah pogram Rawabitul Mahabbah sesi 2013/2014.. semoga jalinan ukhuwah ini berkekalan sampai bila-bila bukan sampai mati sahaja bahkan sampai ke jannah..bak kata orang "tak kenal maka tak cinta". Manisnya ukhuwah ini macam madu tau...semoga ukhuwah ini terjalin diatas redha allah.. ^^


















Wednesday 10 July 2013

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...

        Bismillahirahmanirahim.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..

      Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat illahi kerana masih dikurniakan kesempatan untuk kita bertemu kembali dengan bulan yang penuh dengan keberkatan, Ramadhan Al-Mubarak..Bulan yang mempunyai pelbagai kestimewaan dan kelebihannya tersendiri. Bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap umat islam di dunia ini.. tetapi amat menyedihkan apabila sebahagian umat islam yang tidak menghayati keindahan dan kenikmatan bulan barakah ini.. Bagi mereka bulan inilah bulan bagi mereka untuk membuat persiapan untuk sambutan aidilfitri, sedangkan bulan ramadhan inilah bulan yang perlu kita menguatkan momentum amal ibadah kita demi ganjaran pahala yang berganda.

      Boleh kita katakan bahawa berpuasa di bulan ramadhan sebagai momentum kekuatan. Tidak ramai yang menyedari bahawa puasa adalah momentum kekuatan..kita dikawal oleh akal..akal berkata perut yang kosong tiada tenaga..ini satu fakta yang salah.! 

      Akibatnya ramai yang lemah dan tidak berdaya serta memberikan pelbagai alasan untuk lari daripada tugas. Hakikatnya dari sudut fisiology badan, pergerakan tubuh di siang hari berpuasa lebih baik daripada sekadar tidur dan berehat. Badan kita menjadi sihat walaupun tidak makan. Malah tubuh kita semakin cergas kerana sedang melalui proses "servis". Lemak yang terkumpul hasil pemakanan kita yang selama ini tersimpan dibakar untuk memberikan tenaga pada tubuh. sebab itulah tiada orang mati ketika berpuasa. Betapa besarnya kelebihan dan kekuasaan allah yang dikurniakan kepada setiap hambanya yang dapat peroleh manfaat daripada bulan ramadhan..
      
       Berpuasa juga dapat menghindarkan kita daripada terus melakukan maksiat. bak kata orang " bulan pose ni kurangla sikit dosa aku".. ini kerana dengan berpuasa kita dapat mensucikan jiwa kita dari melakukan perkara-perkara yang mungkar..

       Cuba kita sama-sama renungi dan hayati kata-kata Baginda Rasulullah yang penuh pengisian dan pengajaran buat panduan kita bersama. Rasulullah S.A.W  telah bersabda, mafhumnya: puasa adalah perisai, maka pabila seseorang daripada kamu berpuasa maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata yang buruk. Jika dia dicela, maka hendaklah dia berkata, sesungguhnya aku berpuasa. [riwayat al-bukhari dan muslim].

      hadis ini mengajar kita agar menjadikan puasa sebagai perisai daripada melakukan sebarang kejahatan. Sifat perisai ialah sebagai pelindung. Perisai yang baik dan kukuh pembuatannya dapat menyelamatkan individu daripada serangan dan kecederaan. Jelas disini bahawa puasa merupakan perisai yang ampuh untuk melindungi iman daripada "tercedera". renungilah wahai insan, puasa yang sebenar membantu kita untuk sentiasa menjaga diri. Cuba kita tengok ajaran Baginda s.a.w  kepada kita, walaupun baginda sering disakiti, sebagai umat islam kita harus bersabar dan menahan diri daripada bertindak mengikut nafsu.

     Justeru di kesempatan umur pinjaman Allah ini seharusnya kita lebih bersemangat untuk menempuh bulan ramadhan  dengan penuh keimanan dan kecergasan. Ingat, ramadhan ialah medan ujian. Adakah kita berjaya ataupun sebaliknya..?

    Selain itu, terdapat banyak lagi kelebihan dan keistimewaan yang boleh kita peroleh di bulan yang barakah ini. Beberapa hadis yang menerangkan kebaikan, keistimewaan dan kelebihan bulan ramadhan ini ialah:


Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".
(Hadis Sahih - Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".
(Hadis Sahih - Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." 
(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."
(Riwayat At-Tirmidzi)

Dari Salman r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaaban sabdanya :
"Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat.  Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).
"Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada malam harinya".
"Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".
"Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga;  ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman".
"Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa,  maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun".
"Sababat-sababat Baginda berkata:  "Ya Rasulullah,  kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. " Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan:  "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. "Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat,  pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka".
"Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari neraka".
"Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan.
Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah:
Pertama - mengucap: 
mengucap 
Kedua - banyakkan beristigfar dengan menyebut :
istigfar

Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah:
Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga,  serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:

doa
"Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).
sumber hadis : Islamgrid.gov.my, 

Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan pada bulan Ramadhan ialah:
1) Membaca dan bertadarus Al-Quran.
2) Menunaikan solat Tarawih.
3) Memberi sedekah.
4) Banyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
5) Menjamu orang berpuasa berbuka puasa.

Banyakkanlah melakukan amalan yang baik kerana pada bulan Ramadhan ini amalan kita akan dilipat gandakan. Di samping itu, bulan Ramadhan ini juga dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
 

Sebelum itu kami sediakan sebuah puisi..semoga dapat menghayati dan dapat meresap ke dalam jiwa kita..


Ramadhan..
medan didikan,
medan jihad,
medan ujian.

Ramadhan...
bakal melahirkan insan bertaqwa, 
namun apalah nasib diri,
andai ramadhan tidak diisi,
andai ramadhan medan uji,
dijadikan alasan melepas diri,
malas dan tiada upaya serta tenaga,
untuk berbudi dan berbakti..

sungguh malang,
ramadhan tidak dijadikan medan motivasi,
untuk menambah azam dan memasak tekad,
sedangkan bulan ini adalah bulan penuh kecergasan.

Ayuh,..
binalah kekuatan diri dan emosi,
menempah ujian ramadhan ini,
kerana bulan yang bermotivasi,
bulan membina jati diri..


(tulisan gerak2)

snow



~Aktiviti Berjalan~



Selamat Datang ke Blog AQSA UniSZA. Kami ingin mengucapkan selamat menghadapai peperiksaan akhir semester, bittaufiq wannajah! شكرًا . :)