Friday 25 May 2012

Ukhuwah Itu Manis Macam Aiskrim,,,Tahu!!!




         Kita seringkali terdengar atau kadang-kadang kita sendiri yang  mengucapkan kepada sahabat - sahabat kita "ana uhibbuka/uhibbuki fillah" ataupun "ukhuwah fillah abadan abada".  Secara jujurnya, perkataan - perkataan yang diucapkan itu memang menyayat hati [tapi untuk sahabat sesama jantina ye!!!... bukan untuk couple -couple sebelum nikah tau...((d[-_-]b)) ].  Tapi sejauh mana ucapan "ana uhibbuka/uhibbuki fillah" ini di lafazkan? Sampai dihati dan dapat dilakukan dengan perbuatan atau sekadar lafaz di mulut sahaja. Apabila berlaku salah faham dalam kalangan sahabat -sahabat maka berlakulah perang dunia ketiga yang meletus kebabom dan tidak tahu bila akan berakhir. Jadi bagaimana dengan ucapan - ucapan yang kita lafazkan kepada sahabat-sahabat kita "ana uhibbuka / uhibbuki / uhibbukuma / uhibbukum / uhibbbukunna".  Persahabatan itu tidak semudah dengan menyatakan "ana uhibbuka / ki / kuma / kum / kunna", tetapi ia memerluka masa, cabaran, dugaan, kesabaran, pengorbanan sebagai mekanisme untuk memprosesnya.
      Betapa indah dan manisnya  sesuatu persahabatan yang disandarkan kerana Allah itu, tidak akan lekang daripada diuji kerana Allah telah berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 2 yang bermaksud :
“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”
Maka, apabila sesebuah persahabatan itu diuji, timbullah adegan - adegan sakit hati, tak puas hati, sedih hati, makan hati,  serta perkara - perkara yang berkaitan dengan hati dan hasilnya mampu mengganggu gugat ukhuwah yang telah dibina sekian lama.
        Kadang - kadang kita cemburu dengan kelebihan yang ada pada sahabat kita contohnya sahabat kita ada kereta lamborghini warna hijau, mendapat CGPA 4.99 dalam peperiksaan, pandai masak telur goreng paling sedap didunia, memiliki wajah yang tampan/canteq...maka bermulalah adegan (hasad dengki) - "KAU HENGAT KAU HENSEM/CANTEQ SANGAT?".  Ataupun kadang -kadang kita nak tegur atau menggembirakan sahabat kita tapi tersalah perbuatan @ percakapan yang menyebabkan sahabat kita itu sakit hati maka bermulalah adegan - adegan bermasam muka, kutuk- mengutuk, "tak nak kawanlah dengan.. tuuut".  Ataupun lagi, kita bangga dengan kelebihan yang ada pada diri kita sehingga merendah-rendahkan sahabat kita.
         Apabila kita bersahabat dengan seseorang kerana kelebihannya, suatu hari nanti kita akan kecewa dengan kekurangannya.  Jika kita bersahabat dengan seseorang kerana kepandaiannya, suatu hari nanti kita akan meninggalkannya kerana satu perkara yang dia tidak tahu. Jika kita bersahabat dengan seseorang kerana kecantikannya @ kehensemannya, suatu hari nanti kita akan membencinya kerana kadang - kadang dia selekeh...err... . Bersahabatlah kerana kita semua adalah manusia biasa yang tidak akan pernah sempurna.  Allah menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi  Tapi simptom- simptom diatas berasal daripada hati.  Maka berlapang dadalah dan berbaik sangka atau berfikiran positif. Bak kata pepatah omputih " to be happy just think positive". Jangan biarkan penyakit-penyakit hati bertahta dalam diri. Sebab,  pasti kita yang akan rugi. 
       Setinggi mana pun ego kita dalam  sesebuah persahabatan, suatu hari nanti kita pasti merindui dengan sahabat - sahabat yang pernah kita sakitkan hatinya ataupun melakukan adegan - adegan seperti diatas kerana manusia itu fitrah dijadikan untuk berkasih sayang.  Buktinya, contoh apabila cuti semester yang panjang, berjela - jela notification atau messege dekat mukabuku - "rindu lah korang semua" ....wahahaha.....(~_^) ... . Pada masa itu barulah kita rasa UKHUWAH ITU MANIS MACAM AISKRIM,,,TAHU!!!   Jadi, jika persahabatan itu sedang diuji maka cubalah untuk berlapang dada kerana pasti ada hikmah yang Allah akan berikan.
       Beberapa ayat - ayat cinta daripada Allah tentang persaudaraan :

" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. " 
( Al-Hujuraat : 10 ) 
" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing." 
( Al-Hijr : 47 )

Dalam sebuah hadis yang menerangkan tentang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari tiada naungan kecuali naungan Allah, Rasulullah menyebutkan salah satu di antaranya adalah, 
" Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan  berpisah keranaNya. " 
  ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ) 
Dan di dalam sebuah hadith qudsi, Allah berfirman : 
" Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, berhak atas kecintaanKu "
( Hadis riwayat Malik dan Ahmad )


(Amaran keras : entry kali ini tidak bermaksud untuk mengenakan atau ditujukan mana -mana  pihak. Jika ada yang ingin menghempas laptop atau PC selepas membaca entry ini sila beristighfar banyak -banyak...dan hayati nasyid nih...hihihi.. (~_^)..)


  

Monday 21 May 2012

Bulan Haram Bulan Suci

Apabila azan maghrib telah berkumandang pada hari ini maka, bermulalah dengan bulan yang baru iaitu bulan Rejab.  Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:


1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.


Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                     (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH

Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT." 
(Al Baqarah ayat 217)
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah).Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
"Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan."  
(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)

PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

 2. Israk dan Mikraj
     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

 3. Peperangan Tabuk
    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan ngeri kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis
    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

 5.Lahirnya Imam Syafie RH
    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
  


Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Jom amalkan doa ni...

-Selamat Beramal (~_^)


Rujukan daripada : http://www.jais.gov.my

Friday 18 May 2012

Nasihat Power daripada Ustaz ???


Mesti anda kenal kan ustaz yang feymes dan meletop kababom sekarang ni?....Jom kita baca apa nasihat beliau..(~_^)




Kalau anda x kenal inilah ustz Azhar Idrus
p/s : artikel ini dalam versi bahasa Terengganu...kalau anda tidak faham boleh lah hantarkan pertanyaan anda di ruang yang disediakan...


1 - Baca yassin dan niatkan supaya orang yg kite berkenan itu jatuh hati kat kite.. 
Cara ini dibolehkan 


2 - Orang yg paling pintar adalah orang-orang yg selalu mengingati mati..
Orang yg selalu bersedia utk mati, besedia bermakna selalu beribadah kepada Allah 


3 - Kite tak dapat lari dari ketentuan Allah..
Kalau sihat, lawannya sakit.. Senang lawan susah.. Semuanya berlawanan.. Bende ni sume ada sokmo dalam kehidupan kite..


4 - Datang ape yg baik, bersyukurr...
Datang pula bende yg buruk, Innalillah  kite sume milik Allah..
Sunnah melayu adalah sebut Innalillah ketika kematian..
Bukan ketika kematian jer sebut, Allah suruh kite sebut ketika ditimpa musibah.. Walaupun jari tertusuk duri.. Sebutlah Innalillah, kite milik Allah. 


5 - Masuk dan tengok sahaja orang bukan Islam menyembah berhala makhruh saja hukumnya..
Kalau kite ikot sekali menyembah maka menjadi kufur..
Tapi kite jgn beriktiqod yg agama mereka itu benar.. 


6 - Kalau kite mencuri barang orang, maka kite wajib bertaubat, wajib bagi balik barang yg dicuri, dan wajib bagitahu pada orang itu..
Tapi kalu memudaratkan kite seperti kalau kite gtahu akan jadi perbalahan antara kite dan dia maka tidak wajib gtao.. Tapi wajib juge bertaubat dan bagi balik barang yg dicuri..


7 - Dibolehkan solat duduk ketika sakit, dan tidak perlu qodo balik solat itu..
Solatlah walau mcm mane keadaan mu, sehingga akhir hanyatmu 


8 - Peluh tidak najis, sah solat mu walaupun berpeluh sehingga 4liter ketika solat..


9 - Dibolehkan ambil pasir dipantai, ambillah sebanyak mane yg kamu mahu, walaupun 3lori skali pun..
Tapi kalau memudaratkan orang ramai maka tidak boleh..


10 - Harus bagi isteri kalau nak bekerja.. Tetapi isteri yg solehah adalah tidak bekerja dan duduk dirumah sahaja melayani suami 


11 - Boleh tiup di makanan utk mengeratkan hubungan suami isteri.. Kerana Nabi pernah meniup pada ubun-ubun seorang budak,makanan dan tangan..
Tapi hendaklah kite membaca ayat2 Quran 


12 - Segala-galanya telah ditentukan Allah.. Anak mati, bini mati, dapat bini, dapat madu baru, mutor rosak, kete kene langgoorrr diorammmm... Sume tu adalah ketentuan Allah blake..
Yg baik ucap Alhamdulillah, yg buruk ucap Innalillah 


13 - Haram hukumnya kalau kite tidak berpuasa pada bulan puasa dan menjimak isteri kite.. Dan tidak dikenakan denda..
Tetapi kalau sengaja membatalkan puasa dgn menjimak isteri maka haram dan dikenakan denda.. puase 2 bulan berturut-turut.


14 - Suami wajib menanggung semua perbelanjaan isterinya..
Makan, tempat tinggal, pakaian.. Ini yg wajib..
Yg selebihnya ikot pandai mun la nk beli ker dob, alat mekap dan sebagainya...
Tapi kalau nk binim lawo beli lass etepp, lawoo utk munggg jerp, bukan lawoo utk orang ramai 


15 - Bile kite tolak hukum Hudud, adakah kite menolak hukum yg ulamak buat atau kita menolak hukum yg Allah buat?
Tolak hukum yg manusia reka sendiri tidak kafir lagi, kalau tolak hukum yg Allah cipta maka dgn serta merta menjadi kafir 
Berhati-hati lar dalam percakapan, dan dalam penyokongan muu 


16 - Kite dalam solat jerp bulis jawab Allah Maha Besau.. Bile duk luor, jkkk paling besauu..
Hmmmm, gtu r kite.. Jenis oram dop reti bersyukur..
Allah yg Beri Nikmat.. Bukan manusie yg Beri Nikmat.. Hmmmm..


17 - Kalau pencuri ingat pada mati, maka berkurang amalan mencurinya.. Kalau peminum arak mengingati mati maka berkurang die minum arak..
Kalau tok imam ingat pada mati, maka makin bertambah amalannya.. Kalau orang jahil mengingati mati maka die dop akan lagi mengokong orang zalim..
Tapi kalau ingt mati saje tanpa amal tidak berfaedah sama sekali.. Hmmm.. 


18 - Tanam ayoh, tanam macam hanjim mapus.. Tanam mok, tanam macam hanjing mapus..
Guane lagu tu??? Tanam ayoh, mok tapi dob g melawat kat kubur..
Memam r sedekoh Al Fatihah bulis kalau duk umoh, tapi mung mane suke kalau mung tue2 esop2.. Anok mun mai dumoh ker anok mung men ato msg jerp???
Nim lar jenis anop2 dayokkk blakeee !!!!


19 - Mase atas dunie rumoh besau2 pong dop gune jugop... Sbb esop2 bile mun mati tadop mnde larr..
Walaupun rumoh kecik tapi bahagie sudoh lar 
Besau2 tapi dob bahagie wt nape gop... Perbesaukanlah amal mu, bukan perbesaukan rumah mu 


20 - Diakhir zaman ini, orang jahil menyokong ulamak.. Orang berilmu menyokong orang zalim..


21 - Haram kalau kite sengaja pergi dengau oram mengumpat.. Same dose seperti orang mengumpat..
Kalau kite duduk dalam majlis mengumpat, tapi kite tidak mengumpat.. Tidak boleh juge..


22 - Petue utk bermimpi Rasulullah.. Bykkan berselawat keatas Nabi 


23 - Sunat membunuh cicak.. Tapi bukan semua cicak.. Tapi cicak yg suka mengotorkan tempat2 ibadah..
Kalau cicak2 dalam hutan tow dob sunat bunuh..


24 - Haram kite beriktoqod bahawa kalau kite simpan batu permata or ape2 sahaja akan dapat menyelamatkan kite dari bahaya..
Minat sahaja kerana kecantikan tape, kalau minat kerana kelebihannya tidak digalakkan.. Takot akidah kite terpesong..


25 - Boleh kite pergi mendengau kuliah2 agama walaupun kite tidak mandi wajib lagi..
Tapi haram kalau kite masok dalam masjid 


26 - Kebanyakan ulamak mengatakan haram orang lelaki memakai cincin suasa...


27 - Kata ulama fekah, serigala adalah anak branok hanjing..
Maka dob bulis pegang. Kalu pegang kne samak ..


28 - Harus kalau lelaki sesama lelaki bersalaman sambil mencium pipi..


29 - Boleh kite sombongkan diri pada orang yg suke mempersendakan ulamak..
Mencintai kerana Allah, membenci juga kerana Allah 


30 - Haram kite menceritakan hal perihal rumah tangga kite pada orang yg tidak berkenaan..
Contoh.. Menceritakan pada mertua or mak..
Takot menjadi aib, sbb mok nim bese suke ngumpat..
Kalau nk bercerita tentang masalah keluarga boleh, tetapi pada orang yg boleh menyelesaikan masalah kite jerp..
Suami isteri kene menjaga aib sesama sendiri.. Dgn anak sendiri pon tak boleh gtahu..


31 - Haram kalau kite makan dulu baru bgitahu tuannya..
Haram juga kalau kite cas henset kite kat masjid/surau melainkan kite yg membayau bill letrik at masjid itu..


32 - Kalau sesat dalam hutan dob bulis berkahwin dgn gtu jerp.. Asal sesat, kawin.Parop r lagu tuu, lao gtu ako pong nk sesat gop nan awep.
Yg dibolehkan adalah sesat yg memang tak akan jumpe jalan keluor.Kalau sesat tu, test r cari jalan keluor dulu walau mcm mane pun.
"Ako nikahkan dikau dgn diriku dgn mas kawin 3butir ubi kayu" bersaksikan 2ekor kere "


- perkongsian ini di copy, di edit dan di paste daripada sahabat AQSA, Fadhil Amran

Sunday 13 May 2012

Berusahalah selagi mampu



Nak kongsi satu video ni.... Masyaallah...Best!!!!. Tapi sebelum anda menonton video ni SILA SEDIAKAN SEKOTAK TISU...Hahaha (~.^)..Selamat berenjoy!!!


Macammane?  Berapa baldi mata anda menghasilkan air? ...
Ok ...ni sinopsis video tentang Encik Derek dalam versi bahasa Melayu pulak...Encik Derek telah menyertai satu perlumbaan lari semasa Olimpik 92'.  Tengah syok Encik Derek ni berlari, tiba-tiba dia punya betis (ligamen) terkoyak..(tersepak katil pun sakit wooo....inikan pula ligamen terkoyak lagilah meraungkan?). Tetapi Encik Derek tetap bangun dan menyambung perlumbaan tersebut. (Part yang paling sedih dan mencurahkan air mata + lagu You raise me up yang menyayat hati serta sanubari huhu (T_T) - "I am strong when i am on your shoulder"..) Tiba-tiba ayah dia berlari kearahnya dan menasihatinya supaya tidak meneruskan perlumbaan itu.  Tapi dek kedegilan Encik Derek ni yang hendak menamatkan juga perlumbaan itu, ayahnya terpaksa akur.  Hasilnya semua orang menyanjunginya dan bertepuk tangan untuk dia..
Tapi yang paling best adalah pengajaran atau ibrah yang boleh kita ambil daripada video ni, Masyaallah.  Pengajaran yang pertama adalah jangan berputus asa dalam membuat kebaikan.  Sebagai seorang Muslim kita tidak boleh berputus asa dalam mencari rahmat Allah, tidak kiralah apa jua matlamat yang ingin kita capai asalkan tidak lari dari landasan Islam yang sebenar. Cuba kita lihat perjuangan Rasulullah s.a.w, pernah suatu ketika baginda dibaling najis, dicerca, dan dihina kerana menyebarkan agama Islam.  Tetapi kerana usaha baginda yang tidak pernah berputus asa, tanpa menghiraukan ujian dan mehnah yang melanda malah meletakkan Allah diatas segala-galanya, kita tidak akan dapat nikmat Islam dan Iman pada hari ini.  Allah telah berfirman dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud :


" Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”. 

 Allah telah menyatakan dengan jelas dalam AlQuran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara.  Hebatkan Islam itu!! Subhanallah...  Benarlah kata-kata Saidina Umar al-Khatab : 

“Kita adalah satu bangsa yang dimuliakan dengan Islam dan sekiranya kita mencari kemuliaan selainnya pastinya kemuliaan yang kita kecapi akan hilang”.

Allah juga telah berfiman dalam surah asy-Syarh ayat 5 - 7 yang bermaksud: 

"Oleh itu (maka tetapkanlah kepercayaan mu) bahawa sesungguhnya disetiap kesusahan ada kemudahan.[5] (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya disetiap kesusahan pasti ada kemudahan.[6] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka berusahalah bersungguh-sungguh (mengamalkan amal soleh yang lain).[7]"

Pengajaran yang kedua pula adalah kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.  Boleh juga dikaitkan dengan kasih sayang ibu.  Ibu dan ayah akan memberi semangat dan dorongan disaat-saat kita memerlukan.  Macam ayah Encik Derek tulah yang sokong anaknya sehingga tamat perlumbaannya.  Dan hakikatnya ibu dan ayah adalah hadiah daripada Allah kepada kita.  Sebab itulah kita wajib menghormati mereka.  Didalam al-Quran, Allah telah sebutkan tuntutan taat kepada ibu bapa dan sering bergandingan dengan ketaatan kepada Allah, antaranya ialah:
"Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu." (Surah an-Nisa: 36.)

"Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa."  (Surah an-An'am: 151.)

 "... Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah..." (Surah Al-Ahqaf :ayat 15). 

Percayalah jika anda berusaha pasti akan mendapat balasan daripada Allah kerana Allah telah berjanji  dalam al-Quran dan jika anda menhormati ibu bapa anda pasti mendapat ganjaran Syurga dan Keredaan Allah... insyaAllah...(~.^)

Friday 4 May 2012

Kata - kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi




  1.  Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT.
  2.  Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk     DISELESAIKAN.
  3.  Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA
  4.  Saya meminta KEBERANIAN dan Allah memberikan saya BAHAYA untuk DIATASI.
  5.  Saya meminta CINTA dan Allah memberikan saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.
  6.  Saya meminta NIKMAT dan Allah memberikan saya PELUANG.
  7.  Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk DIRI SAYA tetapi saya menerima semua yang saya PERLUKAN.

                                                                          ................


Subhanallah... indah sekali kata-kata seorang Mujahid Islam yang pernah membebaskan bumi Palestin suatu ketika dahulu.  Memang benar kata-katanya kerana seringkali kita meminta kepada Allah apa yang kita MAHUKAN tetapi Allah berikan apa yang kita PERLUKAN.  Perancangan Allah itu terlalu misteri untuk kita rungkaikan, tetapi ia adalah sebaik-baik pemberian daripada Allah. Justeru itu, marilah kita bersangka baik dengan Allah s.w.t dan cekal di jalan-Nya....


Kita jangan terlalu mengharap dan mengimpikan, 
kerana mengharap kekadang tidak pasti menjadi kenyataan.. 

Tetapi kita boleh bersabar dalam meletakkan harapan, 
kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan...

Jangan terlalu meletakkan harapan tinggi pada sesuatu yang belum pasti, 
kerana jika tidak diperolehi, pastinya kecewa sekali di dalam hati... 

Namun letakkanlah harapan itu atas tawakal pada Ilahi, 
semoga dengan tawakal itu menjadikan hati kita redha pada setiap apa yang terjadi...

InsyaAllah...(~.^) 

Wednesday 2 May 2012

Akhlak di dalam Islam



Akhlak didalam islam adalah berbeza daripada moral atau etika sebagaimana yang difahami oleh masyarakat barat.Ini adalah kerana akhlak islam bertunjangkan al-quran sedangkan moral atau etika hanyalah berasaskan akal fikiran manusia semata-mata.Akhlak dari kacamata islam adalah inti pati bagi setiap ibadat.Tanpa akhlak,ibadat yang dilaksanakan ibarat yang dilaksanakan ibarat pokok yang tidak berbuah.Sebagai contoh ibarat solat yang dilakukan dengan sempurna,ia boleh membentuk akhlak yang mulia pada diri seseorang itu.
Firman allah s.w.t:
"sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan munkar".
(Al-Ankabut ayat 45)
Dalam kehidupan manusia,akhlak itu diumpamakan seperti bunga dalam sebuah taman.Bagaimana pun luasnya sebuah taman,tetapi kalau dihias dengan bunga-bungan,maka taman itu tidak jauh berbeza seperti taman perkuburan.Sebagai contoh,seorang yang mempunyai badan yang sihat,menarik,berilmu,kaya atau berpangkat,tetapi jika dia mempunyai akhlak yang tercela dan perangai yang buruk ,maka dia tidak akan dimuliakan oleh masyarakat,apatahlagi disisi allah s.w.t.
Begitu juga halnya,untuk menjaga dan memelihara akhlak yang baik adalah seumpama menjaga dan memelihara bunga-bungaan yang ada didalam taman,supaya tidak menjadi kering dan layu.Oleh kerana itu,didikan agama yang kukuh adalah menjadi tunjang untuk menghasilkan hati yang bersih,dengan adanya hati yang bersih itulah akan melahirkan insan yang sentiasa berakhlak mulia.Hati dan jiwa yang kukuh dengan didikan agama tidak akan mudah dipengaruhi oleh anasir jahat yang cuba merosakkan akhlak manusia.
Sesungguhnya,hati atau jiwa manusia itu adalah satu-satunya pendorong kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan samada perbuatan baik atau jahat.Jika hati itu baik,maka akan terbitlah perbuatan yang baik,tetapi jika hati itu jahat,maka akan menjadi jahat jugalah perbuatannya.Didalam kitab Ikhyak Ulumuddin,Imam Al-Ngazali Rahimullah menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan akhlak atau budi pekerti itu ialah tingkah laku dan gerak-geri lahiriah manusia yang timbul dengan mudah tanpa disengaja dan difikirkan,sebagai penyataan dari keadaan jiwa seseorang.Ini bertepatan dengan sabda rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging,apabila ia baik,baik pulalah seluruh badan.Tetapi apabila ia buruk (rosak), buruk pulalah seluruh badan.Ingatlah,ia adalah hati (jiwa)".
(Riwayat Bahari Muslim)
Hadis ini menjelaskan bahawa terjadinya sesuatu perbuatan atau tingkah laku seseorang itu adalah berpunca daripada kehendak hati.
Sesungguhnya allah itu maha indah dan amat suka akan keindahan,indahnya islam itu adalah terletak pada keindahan akhlak yang kita amalkan selaku umat islam.Selama mana kita berakhlak dengan akhlak mulia,maka selama itulah kita akan mendapat kemuliaan disisi allah s.w.t. Ibarat bunga yang mekar dan dihias didalam taman.Ia mampu menarik minat pengunjung untuk menghampiri dan mengamati keindahannya.Akhlak islam,sekiranya diamalkan dengan sebaik-baiknya akan menarik minat orang lain untuk mencontohinya.Ini telah dibuktikan oleh rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a yang memberikan contoh teladan dan akhlak terpuji dalam diri mereka sehingga orang-orang bukan islam ketika itu tertarik untuk memeluk islam.Sejarah hijrah lima belas orang sahabat nabi s.a.w yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Tolib r.a kenegeri Habsah membuktikan yang dikemukakan kepada Raja Habsah telah menarik perhatian maharaja habsah itu,lalu memberikan perlindungan kepada mereka.
Idantara fungsi pengutusan rasulullah s.a.w itu sendiri adalah untuk membimbing manusia bagi menyempurnakan akhlak yang terpuji,sepertimana sabdanya:
"Aku telah diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang seterusnya allah s.w.t berfirman:
(Riwayat Malik)
"Dan sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai akhlak yang amat mulia".
(Al-Qalam ayat 4)
Didalam menjalankan tugas dakwahnya,rasulullah s.a.w telah melakukan satu reformasi sosial dikalangan masyarakat arab jahiliah ketika itu yang telah rosak akhlaknya.Perkara-perkara yang telah menjadi kebiasaan bagi mereka seperti minum arak,berjudi,berzina dan lain-lain lagi telah dapat diubah oleh rasulullah s.a.w setelah mereka memeluk islam.
Bentuk perubahan yang dilakukan oleh rasulullah s.a.w ialah dengan menanamkan akidah yang kukuh kedalam jiwa para sahabat.Bagi tujuan itu,baginda telah mengadakan banyak pertemuan dengan para sahabat dirumah al-arqam bin ibnu al-arqam.Kekuatan dan kekukuhan akidah itu telah memncarkan nilai-nilai yang murni dan mempengaruhi pembentukkan akhlak mulia dikalangan para sahabat r.a.
Akhlak baik atau akhlak buruk seseorang itu bukanlah suatu warisan turun-temurun yang tidak dapat diubah mengikut tanggapan sempit sebilangan masyarakat.Ungkapan sepeti:"Bapak borek anak rintik" dan lain-lain lagi amat tidak sesuai dihubung kaitkan dalam soal pembentukkan akhlak mulia.Seorang bapa yang berjawatan imam tidak semestinya dapat menjadikan anaknya seorang yang baik.Begitu juga seorang bapa yang cerdik tidak senmestinya akan mempunyai anak yang cerdik sepertinya.Sepertimana benih yang baik,secara kebiasaannya akan menghasilkan pokok dan buah yang baik.Namun, jika benih tersebut tidak diurus dan dipelihara dengan baik, sudah tentu akan menghasilkan buah yang tidak baik. Dalam hal ini,apa yang lebih utama ialah individu itu sendiri perlu ada kesedaran dan keazaman untuk menjadi insan yang baik dan sempurna.
Dalam soal pembentukkan akhlak,Imam Al-Ngazali Rahimullah menyatakan bahawa makhluk yang wujud ini terbahagi kepada dua iaitu,
- Makhluk yang wujud secara sempurna.
- Makhluk yang wujud secara kurang sempurna.
Namun kekurangan-kekurangan itu boleh disempurnakan dengan syarat adanya daya usaha.
Ini memberi maksud bahawa akhlak seseorang itu boleh diubah dan diperbaiki dengan syarat ada kesungguhan dan latihan yang berterusan.
Selain dari itu, alam persekitaran yang baik juga perlu diwujudkan.Ini adalah kerana keadaan disekeliling kita dapat dijadikan acuan yang mampu mempengaruhi pembentukkan jiwa seseorang.Jika masyarakat disekeliling kita adalah masyarajat yang beriman,maka proses pembentukkan akhlak akan menjadi lebih mudah,tetapi jika sebaliknya,maka proses juga ajan menjadi lebih sukar.
Masalah generasi muda kita hari ini ialah mereka terlalu meniru dan amalan serta gaya hidup masyarakat barat yang merosakkan nilai-nila murni masyarakat islam.Tidak dinafikan bahawa mereka juga masih tetap menganut agama islam,tetapi dari sudut yang lain, mereka gagal mengamalkan akhlak islam dengan baik dan berkesan.Akibatnya berlakulah pelbagai masalah dan gejala sosial seperti perzinaan,penagih dadah,lumba haram dan sebagainya.
Kita sebagai umat islam yang sedar,sewajarnya menggembeling tenaga memperbaiki akhlak generasi muda kita yang semakin parah pada hari ini.Berita didada akhbar dan dikaca television yang memaparkan masalah keruntuhan akhlak muda-mudi kita,sepatutnya menginsafkan kita betapa umat islam pada hari ini ditimpa kehinaan kerana rosaknya akhlak mereka.Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengubah minda generasi muda kita yang terlalu mengagung-agungkan sesetengah para artis dan selebriti yang rosak akhlaknya,agar menjadikan peribadi rasulullah s.a.w sebagai ikutan mereka.
"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan allah dan balasan baik hari akhirat serta dia pula banyak menyebut dan mengingati".
(Al-Ahzab Ayat 21)

(tulisan gerak2)

snow



~Aktiviti Berjalan~



Selamat Datang ke Blog AQSA UniSZA. Kami ingin mengucapkan selamat menghadapai peperiksaan akhir semester, bittaufiq wannajah! شكرًا . :)